Terkini

Mengapa perlu meminggirkan masyarakat India setelah menang PRU?

Ketua Kelab Penyokong PAS Bukit Gantang ,Sdr Raja dan Timbalan beliau,Sdr Ravi menunggu YB Salehuddin Ayub di Ladang Seliau.
Sdr Raja Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Bukit Gantang di pos Perak di Taman Ekar,Rantau.
Sdr Basher Ahmad,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Bukit Gantang bersama Sdr Raja,Sdr Ravi,Sdr Zainuddin Hamzah dan S/U Kawasan,Sdr Fadhil Idris,berbaju Hapuskan Kezaliman Isa.



Bagan Pinang memberi pengalaman berguna kepada kita.Kita jangan meminggirkan masyarakat setelah selesai PRU.Tidak kira Melayu,Cina dan India mereka perlu didekati sepanjang masa.

Mengapa semasa PRK kita memberi bantuan ,sedangkan sepanjang tempoh 10 bulan lalu kita diam membisu.Perkhidmatan kita di Parlimen dan DUN perlu berprsetasi tinggi.Rakyat melihat kualiti kerja kita.Wakil Rakyat Pakatan Rakyat mesti menjadi contoh kepada rakyat.

PAS Bukit Gantang kena perlu mengemaskinikan Kelab Penyokong supaya proaktif dan berjiwa PAS .

Apa yang penting masyarakat Melayu,Cina dan India tidak dipinggirkan?

0 Response to "Mengapa perlu meminggirkan masyarakat India setelah menang PRU?"

Post a Comment