Terkini

Bukit Gantang perlu jadi Bagan Pinang satu teladan!


Tak perlu kita tangisi kekalahan Bagan Pinang.Tak perlu kita mainkan isu undi pos.Tak perlu kita mainkan isu Isa Samad.

Jikalau tiada undi pos PAS hanya kalah 831 undi.Kenapa perlu runsing dan kalut dengan undi pos.

PAS perlu banyakkan cawangan dan penubuhan kelab penyokong,bukan sahaja di Teluk Kemang tetapi di mana-mana sahaja terdapat rakyat Malaysia.Selagi jentera kita lemah kita tidak perlu melihat kelamahan UMNO dan BN sebagai satu senjata.

PAS mesti bersikap matang,sebagai ahli kita tidak perlu meletakkan kesalahan kekalahan kepada pimpinan utama.Walaupun terdapat segelintir menulis perihal perlunya TG Haji Hadi Awang meletak jawatan,kita sebagai ahli yang menerima tarbiyah tak perlu terperangkap.

Semasa kita menang dibanyak tempat,kita tidak memuji mereka. Semasa kalah di Bagan Pinang kita sudah mula lupa perjuangan Tok Guru kita.Bloggers PAS diharap tidak melatah dalam mengolah isu Bagan Pinang.

PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempunyai cawangan dan ahli serta penyokong ditempat yang ingin ditandingi.Almarhum Ustaz Fadhil Noor telah berpesan,banyakkan cawangan di lorong,jalan ,taman dan kampung.Tetapi kita mengambil ringan.Ahli yang banyak dapat menguatkan jentera pilihanraya.

Jikalau peluang untuk parti lain bertanding di sesuatu kerusi DUN atau PARLIMEN boleh menang,kita patut memberi parti itu bertanding.Apa yang penting Pakatan Rakyat menang!

Perak boleh dijadikan contoh,jikalau pilihanraya negeri berlaku.Rakyat keutamaan kita.


0 Response to "Bukit Gantang perlu jadi Bagan Pinang satu teladan!"

Post a Comment