Terkini

19 November Sidang Parlimen: Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:


Soalan No. 15 - Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang kemajuan siasatan yang dijalankan oleh jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan di peringkat IBU PEJABAT JKR tentang insiden keruntuhan bumbung stadium utama Kuala Terengganu, stadium tertutup dan kolam akuatik Kuala Terengganu.

Soalan No. 27 - Dato' Haji Wan Abd Rahim bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah urusan persempadanan semula kawasan pilihan raya terakhir dijalankan dan bilakah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang baru akan dimulakan.

Soalan No. 36 - Tuan Haji Che Uda bin Che Nik [ Sik ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dalam pembekalan benih getah kepada Projek Tanaman Semula RISDA, badan ini memberikan kepada nurseri swasta. Dalam hal ini banyak berlaku penipuan klon yang hanya disedari bila getah tersebut mula ditoreh. Mengapa hal ini berlaku dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini dan mengapakah Kerajaan tidak boleh mengenakan 'Surcaj' kepada nurseri terlibat.

0 Response to "19 November Sidang Parlimen: Soalan-soalan MP PAS yang disenaraikan:"

Post a Comment