Terkini

Judi UMNO tak tau malu sama wakil DAP!

KUALA LUMPUR, 18 Nov-- Kerajaan memberi jaminan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan segala aktiviti perjudian di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata ini berdasarkan permintaan kebanyakan anggota Parlimen yang mahu supaya kerajaan mengambil langkah sewajarnya dalam mengawal aktiviti tersebut.

"Saya tidak terlibat dengan perjudian, saya tidak jaga hal-hal ini, saya hendak bagi janji pun susah tetapi saya akan bawa permintaan bersungguh-sungguh ini kepada kementerian," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini Rabu.

Ketika sesi penggulungan itu, beberapa anggota Parlimen khususnya daripada pembangkang mencelah supaya kerajaan menghentikan cabutan khas empat nombor ekor yang diadakan sebanyak 22 kali setahun.

Chong Chien Jien (DAP-Bandar Kuching) berkata cabutan khas itu dianggap "melampau" kerana ia akan mengakibatkan kesengsaraan dan kepayahan kepada ramai rakyat khususnya yang miskin.

"Saya pohon atas keperimanusiaan terhadap rakyat khususnya rakyat miskin, kerana itu (punca) kesengsaraan mereka, bolehkah kita hentikan cabutan khas ini ini. Saya fikir ini sudah melampau, tahun depan kita hentikan," katanya.

Loke Siew Fook (DAP-Rasah) pula mencadangkan supaya bilangan hari pertaruhan dikurangkan kepada dua hari seminggu berbanding tiga hari sebelum ini.

Awang Adek berkata kutipan hasil perjudian termasuk kasino pada tahun lepas berjumlah RM2.37 bilion.BERNAMA

0 Response to "Judi UMNO tak tau malu sama wakil DAP!"

Post a Comment