Terkini

Kalau Petronas Tiada- Mau Bankrap :Macamana Najib Nak Belanja Duit! ;

Kini sekali lagi kita kakitangan kerajaan terjelir lidah! Dulu bonus seperti yang diharapkan tak dapat.Diberi pula Rm500.00 saguhati RM 250.oo untuk dua kali bayar.

Bagi mereka yang ingin bersara awal jangan harap untuk dapat "graduti"penuh.Kerajaan hanya mampu beri 20 peratus ,80 peratus kena tunggu umur 58 tahun.Itupun kena bayar hutang dengan kerajaan.

Baru-baru ini rakan sejawat pergi kursus ,sewaktu makan dijamu nasi bungkus.Sewaktu minum petang kuih sepotong secawan teh.Koman betul!Kita pun makan cara buffet semasa kursus parti.Ataupun makan sedulang.

Mengikut adik ipar yang bekerja dengan JKR Perak,overtime sudah tiada.Jikalau ada dibayar dengan cuti.Bayaran tunai sudah lama dibekukan!

Sekolah kita sudah lama berjimat cermat,khususnya kertas A4 dan photostat dikawal,penggunaan paling minima.

Kursus LADAP sudah tidak dibuat.Kalau buat tiada bajet untuk klim RM 4.00 tambang teksi. Mengikut guru Data sekolah,kerajaan "bo duit".

Menurut pegawai tinggi kerajaan dekat Putrajaya ,teman penulis sewaktu sekolah dahulu.Agensi kerajaan sudah lama tidak membayar duit sewa bangunan Perbadanan Putrajaya.Menurut teman itu lagi sudah tiga tahun.

Satu lagi imbuhan untuk para Qari dan Qariah yang menjadi Johan Tilawah Alquran peringkat antarabangsa akan diberi imbuhan RM2000.00.Menurut teman di JPA mereka pun pening kepala hendak cari dana.

0 Response to "Kalau Petronas Tiada- Mau Bankrap :Macamana Najib Nak Belanja Duit! ;"

Post a Comment