Kita mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Aminulrashid Amzah yang ditembak polis.
Kita bersimpati dan empati kepada Puan Norsiah Mohamad yang anak yang dilahirkan dan dibesarkan mati ditembak polis.
Budak itu tidak bersalah ,mahkamah juga tidak menjatuh hukuman.Budak remaja itu sekadar tidak memiliki lesen memandu.Betulkah polis mengikut prosedur sewaktu cuba menahan atau menangkap budak itu?Jika polis berlaku adil tidak perlulah buat kenyataan tentang budak itu.Polis marah rakyat buat rumusan,polis juga jangan buat rumusan.Lantiklah badan bebas untuk menyiasat.Jika perlu suruhan diraja.Jika DS Anwar Ibrahim,Ketua Polis Negara boleh pukul ,inikan pula rakyat biasa.
Kita 32 tahun dahulu pernah dipaksa untuk berdiri dalam kawad cam polis.Kes pula rogol dan samun.Bersama kita dua orang teman yang sampai sekarang tidak suka anak mereka bertugas sebagai polis.Kita yang baru berumur 17 tahun,zaman ekses internet pun tiada,SMS pun tiada dan tidak tahu undang-undang.Menurut sahaja apa yang disuruh polis.Kita sampai sekarang terkenang perkara itu amat membenci pegawai polis itu.Kita tidak akan memaafkan pegawai polis itu.
Kita meminta pihak berkuasa menyiasat dahulu sebelum menghukum rakyat.Jangan menuduh rakyat tanpa berpeluang untuk mereka memberi penjelasan.
0 Response to "Bersabarlah Norsiah Mohamad-Mereka yang bersalah akan menerima Hukuman Allah s.w.t"
Post a Comment