Terkini

Bunuh diri UMNO panas punggung.


Baru-baru ini dalam ceramah penerangan DS Nizar di Taman Yayasan ,Dun Kuala Sapetang DS Nizar menyentuh isu bunuh diri.DS Nizar mempersoal kewajaran ahli UMNO yang masih bersama UMNO,walaupun polis telah mengklasifikasikan kes Datuk Abd Aziz bunuh diri dan membunuh.

Isu inilah mungkin AJK Bahagian Umno Bukit Gantang panas punggung sehingga meminta bantuan pihak polis.

Pihak polis pula tidak memperkenalkan diri, tak pernah berlaku ceramah penerangan anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang diganggu polis berpangkat rendah seperti di Taman Yayasan pada 6 November lalu?Penduduk Taman Yayasan memberitahu kita ,hal ini berlaku kerana AJK Umno sudah hilang modal untuk berhadapan penduduk setempat.

Di bawah merupakan soalan DS Nizar di Sidang Parlimen.Soalan DS Nizar bernombor 20 itu ditanya pada persidangan hari ini 9 November.Pertanyaan DS Nizar bagi jawapan lisan.

Soalan nombor 20. Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin [ Bukit Gantang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah hukumnya mengendalikan jenazah dalam insiden kematian AJK UMNO Tanjong Karang, Datuk Abd Aziz (mantan wakil rakyat Permatang) dan Naib Wanita UMNO Tanjong Karang, Siti Rohana yang diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai membunuh dan bunuh diri.

0 Response to "Bunuh diri UMNO panas punggung."

Post a Comment