Terkini

Najib takut laporan WikiLeaks-Kes Altantuya Shaariibu turut disentuh.

DS Najib Razak, dalam komen pertama mengenai laporan pendedahan WikiLeaks, meminta rakyat Malaysia tidak menghiraukan cakap-cakap yang menyentuh hubungan negara jiran serantau, sebaliknya mahu memfokus usaha mencapai matlamat negara.


DS Najib mungkin tidak membaca laporan ini,tetapi pegawai beliau pasti melaporkan apa yang terdapat dalam kandungan WikiLeaks itu. Bagi DS Najib isu DS Anwar Ibrahim mungkin sudah tidak relevan,yang relevan isu Antaltuya Shaariibu .


Mungkin juga Ketua Pengarang akhbar pro kerajaan sudah dipanggil supaya tidak menyerang DS Anwar atas isu pendedahan Wikileaks lagi.


Seperti yang dipetik melalui laporan portal ,menurut salah satu kabel yang didedahkan WikiLeaks, Bilahari Kausikan yang kini merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar Singapura, didakwa memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina meninggalkan Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.


Mengenai kepimpinan BN pula, kata beliau, “masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa.”


Ini kerana Najib perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan Presiden Umno itu terancam disebabkan kes pembunuhan tersebut.

2 Responses to "Najib takut laporan WikiLeaks-Kes Altantuya Shaariibu turut disentuh."

  1. Anwar juga begitu.Bagi saya tiada parti yang benar2 baik,kesemuanya sama saja.bn,pas,pkr semua sama.Namun saya tidak pernah mempertahankan atau menulis mengenai kelemahan org yg saya tidak suka.sebab KITA TIDAK TAHU SIAPA YANG BENAR ATAU SALAH.Awak pun tidak tahu Anwar bersalah atau tidak,jika awak tahu hanya dengan mengikuti,menyokong,awak silap.awak lupa chandra muzaffar kawan seperjuangan anwar berpuluh tahun,malah semasa anwar dilucutkan pangkat dari tpm,chandra yg kuat menyokong anwar.sekarang?mereka telah berpecah .Sedangkan orang yg sama2 berjuang,bersua muka setiap hari dengan anwar pun tidak mengenali anwar secara jelas,inikan pula awak.Nasihat saya,kita lupakan sajalah nak defend siapa,bn ke,pas ke pkr.ikut hidup sendiri.bila pilihanraya kita undi,pastu biar rakyat yg menentukan.Jika awak tersilap menulis mengenai sesuatu yg mana Allah tahu ianya tidak benar,sedangkan awak mengangap ianya benar,bukankah mudah awak mendapat dosa percuma. saya tidak kata anwar tidak bagus.Najib juga ada kelemahan yang ketara bukan.

    ReplyDelete
  2. kenapa hanya ameno dan ex-ameno saja yg disentuh? Tiba masanya kepimpinan baru bebas ameno dan ex ameno memerintah.

    RAHSIA JIMAT MINYAK

    ReplyDelete