Terkini

Keadilan untuk Guru Disiplin,Cikgu Mariati Matail.

Kita bersimpati dan empati dengan Cikgu Mariati Matail yang patah hidung akibat ditumbuk pelajar tingkatan dua.Tugas guru disiplin memang risiko. Tugas guru didiplin bukan semua orang mahu. Tugas guru disiplin selalunya dipandang rendah oleh orang lain.Hatta kementerian Pelajaran pun tidak memikirkan untuk memberi elaun kritikal kepada mereka.


Dikatakan Mariati Matail cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.


Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.


"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu."kata Cikgu Mariati


"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya .


Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Fauziah.


Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.


Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.


"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.


"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.


Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.

0 Response to "Keadilan untuk Guru Disiplin,Cikgu Mariati Matail."

Post a Comment