KUALA LUMPUR – Saman terhadap kerajaan oleh seorang suri rumah yang gambarnya dipaparkan dalam rakaman video semasa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan bogel di sebuah balai polis pada 2006 diselesaikan di luar mahkamah semalam.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan merekodkan penyelesaian kes itu di Mahkamah Tinggi di sini dengan kehadiran peguam daripada kedua-dua pihak.
Pada 29 Ogos 2006, Hemy Hamisa Abu Hasan Saari, 28, memfailkan saman itu dengan menamakan Mohd. Dzulfatah Saari (ketika itu berpangkat Konstabel) dan kerajaan selaku responden.
Mohd. Dzulfatah didakwa membuat rakaman itu ketika Hemy Hamisa sedang melakukan ketuk ketampi tanpa berpakaian.
Dia menuntut ganti rugi am berjumlah lebih RM250,000, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Terdahulu, peguam Datuk Baljit Singh Sidhu yang mewakili Hemy Hamisa memberitahu pemberita bahawa anak guamnya bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah berikutan cadangan oleh responden iaitu kerajaan.
0 Response to "Mana perginya Koperal Mohd Dzulfatah Saari polis yang didakwa rakam gambar Hemy Hamisa tanpa pakaian ?"
Post a Comment