Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.
"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera."kata Tan sri Khalid.
"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.
Tan Sri Khalid menyatakan geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.
"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," kata TS Khalid lagi.
Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.
"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," tegas TS Khalid.
Begitulah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.Mereka tidak takut kehilangan kuasa kepada rakyat yang berhak memilih kerajaan.Jelas sekali pilihanraya yang adil lagi bebas tetap matlamat Pakatan Rakyat.
Daftar pemilih induk yang bersih ,telus dan berakauntabiliti penting untuk membentuk kerajaan yang bertanggungjawab.Kerajaan yang senantiasa membela rakya ,tahu apa yang perlu dibuat. .Tahniah Selangor yang sering mendahului kerajaan BN.******minum sambil lawan UMNO****
0 Response to "Kerajaan Selangor selalu mendahului zaman."
Post a Comment