Terkini

Mat Indera:Nizar ziarah Pak Majid Pejuang Kemerdekaan



Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin meluangkan masa untuk melawat seorang pejuang kemerdekaan sebenar yang berusia 88 tahun Tuan Hj. Abdul Majid.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Imam Majid pernah menjadi tahanan ISA selama 7 tahun di Singapura.


Dalam pertemuan petang tadi, Dato' Seri Nizar yang baru pulang dari Kuala Lumpur menghadiri Jamuan Hari Raya PAS Pusat telah singgah sebentar dirumah anaknya di Simpang Pulai.


Pak Imam Majid walaupun sudah sangat uzur namun masih mengingati peristiwa dan kisah-kisah kemerdekaan.


Dato' Seri Nizar yang bertanya tentang Mat Indera yang sedang heboh diperkatakan sekarang, Pak Imam Majid menyatakan beliau kenal rapat dengan Mat Indera ketika di Johor sebagai seorang guru agama.


Menurut anak Pak Imam Majid, ketika ditayangkan video ceramah Tuan Hj. Mohd Sabu tentang Mat Indera, dengan spontan Pak Imam Majid dapat menceritakan semula pengkisahan antara beliau bersama Mat Indera.


Malangnya banyak buku-buku, keratan akhbar serta gambar-gambar lama tentang sejarah kemerdekaan telah habis musnah kerana banjir di rumah lama beliau.


Diakhir pertemuan itu, Pak Imam Majid menyampaikan amanat kepada Dato' Seri Nizar agar mencetak sebuah buku karangan beliau.foto dan berita FB Pas Gopeng

3 Responses to "Mat Indera:Nizar ziarah Pak Majid Pejuang Kemerdekaan"

  1. Di Johor Ni Ramai pejuang kemerdekaan,malah yg berabih DUIT GAJI untuk menubuhkan umno pun ramai. SALAH SORANG YG SAMA2 MENUBUHKAN UMNO DI BATU PAHAT SEBELUM UMNO DI ISTIHAR DI JOHOR BAHRU DAN MALAYSIA ADALAH BAPA KEPADA PENYANYI A.HALIM, KLU TAK SILAP NAMANYA CIKGU DIAH. SANGGUP PERABIH DUIT GAJI UNTUK UMNO. TAPI SATU APA PUN TAK DAPAT. ORANG SENIOR BATU ADA BERKATA KLU NAK MASUK UMNO BUAT KERJA JUJUR SAMPAI SELUAR DALAM BASAH PUN, PEMIMPIN UMNO TAK PANDANG SAMPAI MATI TAPI KALAU MENGIMPAS DAN GOSOK BONTOT PEMIMPIN SAMPAI KENTUT KELUAR PUN WANGI YANG NI DAPAT PENGITIRAF SAMPAI MAMPUS. BATU PAHAT ADALAH BERMULANYA UMNO DITUBUHKAN. KLU NO AHLI 1-10 CARI ORANG2 INI JIKA MASIH HIDUP TANYA DAN BAGAIMANA PERASAAN MEREKA SEMASA UMNO LAMA DIBUBARKAN. TAU KAH RAKYAT BAHAWA LIM LEONG SIK PERNAH MEMEGANGGANG JAWATAN PERDANA MENTERI SEMENTARA MENUNGGU KEPUTUSAN UMNO BARU DILULUSKAN.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, setelah Mat Sabu buka cerita ini,
    barulah rakyat Malaysia dapat input dan cerita yg x pernah didengar
    tentang sejarah Malaysia....
    nk harapkan buku teks Sejarah skolah menengah langsung x sebut pasal Mat Indera....

    ReplyDelete
  3. Sekitar tahun 50an org2 melayu memanggil polis MATA-MATA. Kenapa? Kerana mereka adalah mata-mata penjajah yg berperanan utk memberitahu segala maklumat yg diperlukan oleh penjajah. Dan juga nama BALAI POLIS dipanggil RUMAH PASONG. Ini adalah dari nama yang telah diberi oleh orang Melayu ketika itu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong...itu sbb dipanggil RUMAH PASONG. So, moral of the story, siapakah POLIS ketika itu? Tidakah POLIS Malaya ketika itu menyokong penjajah? Pemimpin UMNO ketika itu mengharapkan sesuatu dari penjajah kononnya....boleh ler buat kapalterbang, senapang, peluru, kapal selam, kereta kebal dll utk Malaya.

    ReplyDelete