Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata rakyat kini musykil sekiranya benar negara ini tidak pernah dijajah, seperti dakwaan Zainal, kenapa perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka.
“Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan (dan ada laungan merdeka)? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Ustaz Idris Ahmad, hakikat sekarang, terbukti siapa yang cuba membohongi sejarah dan kenyataan kumpulan itu sememangnya memalukan ahli akademik yang jujur.
Justeru, katanya ahli akademik perlu bangkit memperbetulkan kenyataan itu.
“Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini,” katanya.
Menurut Ustaz Idris Ahmad, kini terserlah bahawa Umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.
Sebaliknya, selama ini Umno menipu rakyat termasuk ahli-ahli Umno sendiri bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan.

0 Response to "UMNO menipu rakyat dan ahli UMNO- Ustaz Idris Ahmad."
Post a Comment