Terkini

Calon PRU 13,UMNO Bukit Gantang kempunan lagi,UMNO Taiping terus melepas.

UMNO Bukit Gantang nampak gayanya kempunan lagi untuk letak calon PRU bagi Parlimen dalam kalangan pimpinan kawasan.Diberitahu oleh sumber boleh dipercayai ,Setiausaha Politik Zambry Kadir yang juga Ketua UMNO Taiping , Dato' Ahmad Shalimin yang akan bertanding di Bukit Gantang..

Jika khabar ini benar UMNO Bukit Gantang dijangka bergolak besar.Sudahlah Ketua UMNO,Datok Rosli Husein dikatakan telah dipinggirkan Zambry Kadir.Kerusi Trong telah diberi kepada MIC untuk bertanding.

Sementara itu menurut sumber lain ,ADUN Kamunting didakwa disuruh bertanding di DUN Alor Pongsu,Bagan Serai,untuk membolehkan isteri bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir,Dato. Malik bertanding .

Di bawah cerita dalam blog orang ni.
KES 1
Dikhabar dari sumber dalaman UMNO Taiping,keadaan pergolakan disini memang hebat bagi meletakan calon bertanding dalam PRU 13.Keadaan sudah jelas berlaku sejak kebelakang ini. Berikutan sokongan golongan wanita di Kemunting ketara amat merosot terhadap UMNO sekarang maka di khabarkan bakal calon DUN Kemunting akan di ambil alih oleh seorang wanita .Desas desus kencang dalaman UMNO menyebut nama Ybhg Datin Yatimah Bt Khalid akan dicalonkan untuk kerusi DUN Kemunting. Beliau adalah seorang AJK wanita UMNO Perak dan Ketua Wanita UMNO Kemunting serta beliau juga adalah Isteri kepada seorang bekas ADUN Kemunting sendiri. (Adun Kemunting Sekarang Yb Dato Mohamad Zahir bin Abdul Khalid )


KES 2
Pertukaran calon di DUN Kemunting dari Yb Zahir kepada calon seorang wanita dikatakan salah satu percaturan yang konon-nya akan mengembalikan sokongan golongan wanita disini yang semakin ramai beralih menyokong Pakatan Rakyat. Faktor peralihan sokongan ini telah lama berlaku,berikutan ramai dikalangan guru-guru aliran agama terdiri dari kaum wanita disini dan dengan itu dilihat YB Zahir gagal menghampiri mereka,maka sebagai tektik akhir untuk menyelamatkan DUN Kemunting ini ialah meletak-kan calon wanita.Dengan harapan calon wanita tersebut bakal merubah sokongan di DUN Kemunting.


KES 3
Dari sumber dalaman UMNO juga mendedahkan bahawa Ketua Bahagian Umno Taiping Datuk Hj Ahmad Shalimin juga akan membangsatkan diri untuk dicalonkan diluar dari lokasinya sekarang iaitu akan bertanding bagi calon Parlimen Bukit Gantang. Ini berikutan UMNO melihat Parlimen Bukit Gantang adalah kubu kuat PAS di bawah YB DS Nizar dan UMNO Perak tidak lagi mahu mengharapkan kepada YB Rosli Adun Terong yang kini sudah nampak disisihkan dari UMNO itu sendiri,ini berkaitan juga dengan isu YB Rosli menganjurkan ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang dan kesilapan besar beliau ialah berada dibarisan kerusi hadapan semasa ceramah tersebut. Kejadian ini dilaporkan telah mendatangkan tidak senang hati dikalangan pemimpin UMNO di peringkat Negeri dan Pusat.(sumber:orang ni)

0 Response to "Calon PRU 13,UMNO Bukit Gantang kempunan lagi,UMNO Taiping terus melepas."

Post a Comment