Terkini

Zambry Kadir,selalunya apabila UMNO menafikan, perkara itu betul-betul berlaku.

Pendedahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir wujudnya usaha melaga-lagakan pemimpin di Perak membuktikan beliau berasa kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak terancam.


Zambry Kadir mendedahkan bagaimana pihak tertentu berusaha melaga-lagakannya dengan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Husni Hanadzlah. Konon ia melibatkan soal pengganti atau jawatan Menteri Besar.


Husni dikait sebagai pihak bakal menggantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar sekiranya BN memenangi PRU13 di Perak. Justeru itu kemungkinan besar Zambry Kadir untuk menyedapkan hati mendakwa terdapat pihak yang cuba melagakan mereka.


Bagi penyokong kedua-dua pihak, berita seumpama ini dinantikan oleh mereka. Jika orang yang mereka sokong menang,sudah tentu habuan yang mereka dapat. Apa yang jelas Menteri Besar jika UMNO menang selepas PRU13 ini,sudah tentu penyokong kuat Najib Razak.

0 Response to "Zambry Kadir,selalunya apabila UMNO menafikan, perkara itu betul-betul berlaku."

Post a Comment