Terkini

Pemuda PAS kutuk keganasan FRU ke atas 3 orang remaja penyokong bola Perak.

15 Februari 2012- Pemuda PAS Perak mengutuk keganasan FRU Sg Senam Ipoh ke atas 3org remaja penyokong bolasepak Perak dari kumpulan Silvermania semalam selepas berakhirnya perlawanan di antara Perak menentang Lions VII. Insiden dilaporkan berlaku di hadpan pintu masuk Grand Stand,Stadium Perak,lebih kurang jam 11mlm.kejadian dipercayai berlaku ekoran pertengkaran di antara kumpulan penyokong S...ilvermania dgn pasukan FRU yg dikatakan cuba menyuraikan kumpulan tersebut dari terus berkumpul dengan menyanyikan lagu beserta paluan gendang bagi menyambut pemain Perak.


Saksi kejadian memberitahu apabila pihak FRU tidak tahan dengan ejekan beberapa penyokong tersebut lantas mengejar dan menangkap mereka serta mengheret 3 org remaja masuk ke dalam lori FRU yg juga turut berada di hdpn pintu utama. Beberapa penyokong lain dan petugas stadium yg berada di sekitar dapat melihat dari cermin tingkap lori tersebut mereka telah dipukul & diterajang.


Apa yg menghairankan,kenapa tidak pihak FRU membawa mereka ke Balai Polis untuk ditahan dan disoal siasat TANPA perlu membuat keputusan sendiri dengan memukul mereka yg dibawah umur dan tidak bersenjata itu??bukankah pihak polis mempunyai akta utk mendakwa mereka yg menghalang tugas & memaki hamun penjawat awam?? ?
sumber facebook

0 Response to "Pemuda PAS kutuk keganasan FRU ke atas 3 orang remaja penyokong bola Perak."

Post a Comment