Terkini

Anggota suruhan gaji ,kerajaan tak umum-umum lagi.

Cuepacs menggesa kerajaan mengemukakan senarai anggota yang akan menganggotai suruhanjaya khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam di negara ini.


Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, senarai tersebut diharap akan dikemukakan dalam masa terdekat dan selewat-lewatnya 31 Mac ini.


Perkara ini mula dipersoalkan anggota dari Cuepacs yang sehingga kini ternanti-nanti masa suruhanjaya berkenaan akan bersidang.


Cuepacs juga telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.


"Cuepacs harap penubuhan suruhanjaya ini dapat dilakukan segera dan esok akan diadakan mesyuarat penambahbaikan SSM ini dan jawatankuasa mesyuarat itu akan membuat laporan kepada pihak kerajaan selepas itu," katanya.


Omar berkata draf pekeliling mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diteliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin.


"Kita tidak mahu timbul lagi masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu menahu langsung dan ini yang akan kita pastikan tidak akan berlaku," katanya.

0 Response to "Anggota suruhan gaji ,kerajaan tak umum-umum lagi."

Post a Comment