TAIPING – Pas Taiping menyifatkan dakwaan Menteri Besar (MB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir terhadap Pas Cawangan Kamunting yang memaksa ahlinya menyerahkan 15 peratus Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai sumbangan derma kepada parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) tidak berasas.
Yang Dipertua Pas Taiping, Fakharuddin Abdul Aziz berkata, memang Pas Kamunting ada mengeluarkan surat perkeliling kepada Ahli Pas Cawangan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat namun dalam surat tersebut tiada langsung menyebut tentang perkataan BR1M.
Menurutnya,( Zambry perlu menyiasat -(klik) terlebih dahulu perkara itu dan jangan menuduh melulu dengan menulisnya dalam blog dan kemudian mengulas isu terbabit.
“Memang tiada istilah paksa dalam surat pekeliling berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh MB itu adalah dakwaan yang tidak munasabah dan yang sebenarnya ialah rayuan sumbangan dana kepada sesiapa yang sudi.
“Pas adalah pertubuhan yang memang bergantung kepada sumbangan dari ahli dan tokoh korporat sejak dari dulu lagi.
Dengan sumbangan yang diberikan itu, kami bina markas, membeli tanah dan menggunakannya untuk pilihan raya,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, kenyataan MB yang menyatakan Pas memaksa ahli menyerahkan BR1M hanya akan mengeruhkan keadaan dalaman parti.
“Saya harap tidak timbul sebarang salah faham berhubung isu itu setelah penjelasan yang terperinci diberikan.
“Janganlah disebut lagi perkara itu yang dianggap seolah-olah mahu meraih sokongan rakyat dan kepentingan peribadi mereka,” katanya.
0 Response to "Isu BR1M Pas Taiping,Zambry jangan tuduh melulu."
Post a Comment