Terkini

ATM agar tidak terlibat sama dalam kancah politik-DS Nizar.

DS Nizar Jamaluddin berkata beliau tidak berniat mengheret Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke kancah politik melalui dakwaan bahawa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan pasukan itu berhubung pilihan raya.


Jelasnya, beliau membangkitkan perkara itu dalam ceramahnya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengesahkan atau menafikan perkara itu supaya ia tidak menjadi khabar angin semata-mata.


"Saya tidak mengheret ATM ke politik kepartian tetapi sekadar memuliakan ATM agar berpegang kepada Perlembagaan dan bersifat profesional."kata DS Nizar


"Adalah dalam konteks ini saya bertanya agar perkhabaran mengenai ATM dan PM mesti dijelaskan," kata Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Pas Pusat tu.


Mengulas lanjut, DS Nizar menjelaskan , beliau juga mahu ATM lebih berwaspada agar tidak sama terlibat dalam kancah politik kepartian seperti yang didakwanya pernah berlaku di negeri Perak.


Ahli parlimen Bukit Gantang itu dalam satu ceramahnya pada 22 April lalu mendakwa Najib menemui pegawai tertinggi ATM dan meminta mereka berbuat sesuatu jika BN tewas dalam pilihan raya akan datang.

 Susulan dakwaan itu, DS Nizar kini disiasat mengikut Seksyen 4, Akta Hasutan selepas enam laporan polis dibuat terhadap beliau.

0 Response to "ATM agar tidak terlibat sama dalam kancah politik-DS Nizar."

Post a Comment