Terkini

Jika Nizar yang bercakap ,semuanya tidak betul.


Nizar disiasat berhubung isu bidaan WWW1(sumber)
 
Kasihan DS Nizar seringkali ucapannya yang memberi pandangan jauh ke hadapan  dijadikan modal untuk menghentam beliau.

Benar,apa yang dikata. DS Nizar perlu dimatikan karier politiknya.Benar apa yang tersurat ,DS Nizar jangan diberi peluang untuk menjadi Menteri Besar lagi.

Ucapan-ucapan DS Nizar selalu diberi perhatian oleh musuh politik beliau UMNO.UMNO melalui pemuda dan pelbagai NGO akan menjadikan kata-kata DS Nizar sebagai bahan untuk di buat laporan polis. Dimomokkan Nizar anti itu anti ini.
 
Nizar bukan orang yang gila kuasa.Nizar ,jika orang gila kuasa sudah tentu beliau akan memberi ucapan atau pandangan agak lembut.Namun begitu atas tanggungjawab beliau sebagai pemimpin ,beliau berani mengeluarkan pandangan.Pandangan pula sedikit kontroversi ,menurut kaca mata UMNO.
 
 
Bagi musuh politiknya UMNO,pandangan Nizar  pula mesti di "SPIN" untuk keuntungan UMNO Barisan Nasional.  Jelas sekali UMNO hanya mengharapkan ehsan pengundi Melayu untuk terus hidup. Mereka tidak peduli dengan undi orang Cina dan India.


0 Response to "Jika Nizar yang bercakap ,semuanya tidak betul."

Post a Comment