Terkini

Ekoran WWW 1 ,kes ugut DS Nizar satu laporan polis dibuat.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Sdr Zainuddin Hamzah,Pegawai Khas DS Nizar di  IPD TAIPING .Laporan dibuat oleh Sdr Zainuddin Hamzah kerana berasakan DS Nizar ,isteri dan anak-anak DS Nizar  telah menerima ancaman ugutan  .Hal ini termasuk kata-kata akan "pancung" guna buluh runcing ke atas  DS Nizar,isteri dan anak-anak.
Hj Zainuddin Hamzah menunjukkan laporan yang telah dibuat di IPD Taiping.Turut sama membuat laporan polis atas ancaman keselamatan kepada DS Nizar,isteri dan anak-anak Sdr Fadhil Idris  ,Setiausaha PAS kawasan Bukit Gantang.


Taiping,31 Mei- Satu laporan polis telah dibuat oleh Sdr Zainuddin Hamzah ,Pegawai Khas DS Nizar yang mendakwa DS Nizar diancam dengan ugutan dalam kes nombor plat WWW1.

Pusat Khidmat AP yang menerima aduan penduduk telah membuat laporan di IPD Taiping pada pukul 3.00 petang dan selesai pada pukul 4.45 petang.

Aduan dibuat oleh Hj Zainuddin Hamzah untuk memastikan keselamatan DS Nizar,isteri dan anak-anak terjamin.

Pegawai Penyiasat kes ini Inspektor Khairul ,Unit Jenayah IPD Taiping.    

0 Response to "Ekoran WWW 1 ,kes ugut DS Nizar satu laporan polis dibuat."

Post a Comment