Simpang: Selepas menang dua saman terhadap Utusan sebelum
ini, Lim Guan Eng memfailkan lagi saman terhadap akhbar Utusan
Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi
Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
“Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya,” kata Guan Eng.
Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.
Kata Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
“Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).
“Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,” katanya.
0 Response to "Jahatnya Utusan dan News Straits Times ,minta maaf pada Kalimullah Hassan,tidak kepada Lim Guan Eng."
Post a Comment