KUALA LUMPUR, 21 Jun:
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul
Halim pada Khamis mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar
keputusan universiti itu menggantungnya kerana dikatakan melanggar
peraturan universiti.
Hakim, Abang Iskandar Abang Hashim meluluskan permohonan Adam Adli
itu bagipenyemakan penghakiman selepas mendengar hujah kedua-dua pihak
dalam kamarnya.
Peguam kepada Adam Adli, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu pemberita
bahawa hakim memberi kebenaran itu atas alasan permohonan punya merit
dan bukan dibuat secara suka-suka.
Peguam itu berkata, mahkamah akan menetapkan kemudian tarikh
pendengaran bagipermohonan penyemakan sepatutnya penghakiman tersebut.
Pada 17 April, Adam Adli, 23, pelajar semester kelima Pengajian
Inggeris sebagai Bahasa Kedua, memfailkan permohonan dengan menamakan
universiti itu, jawatankuasa rayuan tatatertib dan kerajaan sebagai
responden.
Beliau memohon supaya Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan
jawatankuasarayuan pada 8 Mac yang menolak rayuannya terhadap perintah
jawatankuasa tatatertib UPSI yang menggantungnya.
Pada 9 Januari, jawatankuasa tatatertib memerintahkan penggantungan
selama tigasemester ke atas Adam Adli yang akan berakhir penghujung
September tahun depan.
Dalam permohonannya itu Adam Adli berkata, dia didapati bersalah
oleh jawatankuasa tatatertib kerana memburukkan nama universiti itu dan
mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam. - BERNAMA
salam,
ReplyDeletekiter perlu lbh ramai mahasiswa begini
KLIK PERLUKAH LAGI KAKITANGAN KONTRAK