Terkini

Bodohnya hujah suruh Nizar pulangkan Dato Seri.

DS Nizar sedang menyampaikan tazkirah sebaik selesai solat witir bersama penduduk Dun Changkat Jering.Tiada pula penduduk dalam parlimen Bukit Gantang menyuruh DS Nizar pulang balik pingat Dato' seri.
Penulis upahan "Buletin Suara Perak"    
Buletin Suara Perak (2)05 2012 seolah-olah menjadi Buletin UMNO Perak.Dengan memasukkan artikel mengkritik Nizar dan  Pas . Buletin Suara Perak sepatutnya lebih ke arah menerangkan pembangunan negeri.Sekali lagi wang rakyat telah disalahgunakan oleh UMNO Perak.

Penulis sebenarnya tak mahu ulas isu suruh Nizar pulang balik pingat Dato Seri,.Namun begitu  apabila Buletin Suara Perak boleh membenarkan penulis Yusof Harun  untuk menulis artikel Nizar perlu pulang balik "Dato Seri' pada  halaman 17  ,terpanggil rasanya untuk menasihatkan Ketua Pengarang Suara Perak milik kerajaan Perak supaya jangan guna duit rakyat untuk buat berita ini.

Kalau betul hendak kritik dan bagi pandangan tak setuju dengan Nizar,buat buletin sendiri,guna duit sendiri namakan Buletin UMNO Perak.Jangan kerana UMNO tak mampu lawan hujah dengan DS Nizar,guna agensi kerajaan untuk lawan Pakatan Rakyat.

2 Responses to "Bodohnya hujah suruh Nizar pulangkan Dato Seri."

  1. Semua harta kerajaan adalah harta umno,so lu apa peduli

    ReplyDelete
  2. hampa tak tau ka umeno be end ni memang bengong pun.tak tau beza mana harta sendiri mana harta awam.

    ReplyDelete