Terkini

Agihan kerusi Changkat Jering sudah selesai, terima kasih Anwar Ibrahim

YDP Ustaz Nordin Jaafar, TYDP Ustaz Zulkifli Ahmad dan Sdr Rahim Ismail ,NYDP  bersama DS Nizar,pada 31 Ogos lalu. Pas Bukit Gantang bersedia untuk DS Nizar bertanding di Changkat Jering.  

Terima kasih DS Anwar. Pengundi DUN Changkat Jering sudah lama menanti ,penjelasan DS anwar  soal pengagihan kerusi.

Justeru itu,Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganggap pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti dalam Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah selesai.


Kata DS Anwar semua keputusan dibuat berasaskan kesefahaman bersama yang menjadi teras Pakatan Rakyat.


Jika apa yang dinyata oleh DS Anwar,agihan kerusi sudah selesai, insyaAllah kerusi DUN Changkat Jering telah menjadi milik PAS .

PAS Bukit Gantang mempunyai banyak calon. DS Nizar ,YDP Ustaz Nordin Jaafar  dan banyak lagi sudah bersedia untuk bertanding.PAS bukan tamak,PAS  Bukit Gantang mahu bertanding pada kerusi yang dikhianati. 

PAS tidak mahu bertanding di Kuala Sapetang,usul untuk PAS bertanding di DUN Kuala Sapetang  dibentang dalam mesyuarat agung kawasan ditolak perwakilan.Bijaknya pimpinan cawangan-cawangan

Tapi usul untuk bertanding di DUN Changkat Jering diterima oleh perwakilan,kerana khianatnnya seorang wakil rakyat Osman Jailu.

Terima kasih pimpinan Pakatan Rakyat Malaysia yang memberi PAS bertanding di DUN Changkat Jering. 

1 Response to "Agihan kerusi Changkat Jering sudah selesai, terima kasih Anwar Ibrahim"

  1. PAS terlalu berlembut sangat, selalu kena paw..banyak sangat mengalah, dah menang sesuatu kawasan jangan lah pi bagi kat parti sekutu...pulak. Kawasan yang menang hak PAS, kenapa ada rancangan nak di bagi kat parti sekutu lain? Guna pendekatan yang bijak ok!...Geram jugak perangai orang PKR ni, orang serpihan umno, macam tu lah perangai tamak haloba, benci aku tengok bekas bekas umno ni..!!!

    ReplyDelete