Pengikut

“Jika benar Umno membela nasib Melayu dan orang Islam mengapa semasa persempadanan pilihan raya semula beberapa buah negeri seperti di Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu yang ramai Melayu tidak ditambah kerusi Parlimen dan sekarang Umno masih tidak beri jawapan tentang perkara itu,”.

31 December 2012

Kes saman Nizar ke atas TV 3, Rabu ini.

Posted by mantaro on Monday, December 31, 2012 0 comments



DS  Nizar Jamaluddin dijangka akan memberi keterangan sebagai saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu, berhubung saman fitnah RM50 juta ke atas TV3 berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

Pengurusan kes tersebut dijalankan di hadapan Hakim Datin Yeoh Wee Siam hari ini.

DS Nizar merupakan satu-satunya saksi bagi plaintif, manakan dua saksi lain akan tampil bagi pihak stesen televisyen tersebut.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan selama tiga hari bermula hari Rabu,2 Januari, 3 Januari dan 4 Januari.

DS Nizar memfailkan saman berasingan ke atas stesen TV tersebut dan juga akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang menggunakan kenyataannya di Twitter berhubung isu nombor pendaftaran WWW1.

DS Nizar mendakwa kenyataan fitnah dua pihak terbabit menjejaskan imejnya dan boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa beliau seorang pengkhianat kepada Raja-raja Melayu, terutama kepada Sultan Johor.



Di samping itu ,beliau juga mendakwa kenyataan fitnah itu boleh ditafsirkan sebagai bermaksud beliau seorang yang anti-raja dan menghasut orang lain untuk membenci Sultan Johor.

Nizar mendakwa TV3 melaporkan tulisannya di Twitter secara fitnah, dan turut mendakwa Utusan memutar belit tulisannya di Twitter pada keesokan harinya.Bagi Nizar laporan TV3 berniat jahat.




0 Responses so far:

Leave a Reply