MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Polis silap orang,pemuda diterajang,hingga cedera.


Fauzi Mat Wahi  mendakwa diterajang polis,dipijak dan ditumbuk anggota  polis daripada Balai Polis Selama,Perak.Dia ditahan pada 30 November  2012,pada 4 pagi. Semasa ditangkap dia hanya bersama ibunya beusia 60 an .Dia tinggal di Kg Chengal Jantan(Parlimen Bukit Gantang).Dia mendakwa tidak dibawa ke mahkamah untuk direman.Polis juga tidak menunjukkan surat waran untuk menahan beliau.Dia mendakwa dipukul   di balai polis untuk mengaku kesalahan yang tidak dia lakukan. Akhirnya setelah diuji air kencing,dia mendakwa bebas dari pengaruh dadah.Setelah selesai polis Selama memukul dan menyiasat dia dibebaskan,dengan menuruh balik sendiri.Setakat ini Fauzi Mat wahi masih menerima rawatan doktor kesan dipukul dibetis kanan.

Ustaz Idris Ahmad,AJK Pas Malaysia sedang meneliti  dokoumen rawatan  Fauzi Mat Wahi.Turut hadir bertanya khabar sdr Fadhil Idris S/U Kawasan dan Pengerusi Kebajikan PAS Bukit Gantang,Hj Zainudin Hamzah.Sementara itu S/U Kawasan ,Fadhil Idris ,PAS akan membantu menyelesaikan masalah beliau. 

0 Response to "Polis silap orang,pemuda diterajang,hingga cedera."

Post a Comment