Terkini

Korek kubur di Pengerang,antara sial dengan tinggal tulang.


Sdr Zakba dan Cik Anis Afida Azli mewakili Gabungan NGO Pengerang menyerahkan bukti2 bagaimana teruknya pengurusan korek dan pindah mayat oleh PIJ Holding kpd Sohibussamahah Dato' Mufti Negeri Johor.
                                                                          foto:Mazlan Aliman

oleh Mazlan Aliman
Ada orang yg ketinggalan maklumat mempertikaikan kenapa baru sekarang tangani isu kubur dan jumpa Mufti. Gabungan Ngo Pengerang berjuang isu kubur dah lebih setahun. Apa yg tidak dilakukan agar kubur jgn dipindahkan. Dialog, ceramah, laporan polis, serah memo dll.

Penduduk Cina buat court injuksi di Mahkamah untuk halang kubur cina dipindahkan. Sementara perbicaraan belum selesai, terselamat kubur Cina. Mereka kata pindah kubur, antara perkara paling 'sial' dalam hidup.

Penduduk Islam, bagi khidmat percuma pun tak mau. Takut kena ugut dll. Terlalu cepat mengalah. Sesetengah yg tidak sensitif boleh kata; ' ala, tinggal tulang je, apa nak kecoh2...

Kita tak putusasa. Bahkan, kita dah membayangkan dari awal, pindah mayat ni akan timbul macam2. Betul, PIJ Holding dapat lesen pindah mayat, maklum Polis,Jabatan Kesihatan dll. Namun, apa yang berlaku, tepat seperti telahan kita. Perancangan yg nampak indah, tak sama dengan perlaksanaannya.
Sebagai badan Ngo, kita bukan ada otoriti apa2. Yang bertanggungjawab adalah PIJ Holding, syarikat yg dpt projek tersebut.

Kita hanya boleh tegur dan buat aduan sahaja. Namun, bila kerja2 korek dan pindah mayat beroperasi dlm keadaan yg sgt tidak berakhlak, Skuad Pemantau Ngo Pengerang bertindak buat aduan Polis dan Pihak Berkuasa Agama. Kita tidak pasti, apa peranan Umno Bahagian Pengerang dlm isu ini.

Justeru, perbincangan dgn Mufti dan para pegawai di Jabatan Mufti, bukan sahaja soal penangguhan pindah mayat sebanyak 1,545 dari 11 kubur Islam berwaris dan lebih 900 kubur yg dikatakan tidak berwaris; tapi yg lebih utama disemak semula keputusan pindah mayat2 tersebut.

Sukarelawan Ngo Pengerang sedang mendapatkan maklum balas melalui referandum dari waris2, setuju atau tidak mayat simati dipindahkan. Usaha ini bukan mudah kerana berdepan banyak halangan.

Mana2 yg tidak setuju, akan diberi khidmat peguam untuk buat injuksi di Mahkamah seperti penduduk Cina.

Harapan kita dari pertemuan dan penyerahan memo akan mendorong tindakan yg lebih berkesan dari pihak Mufti dan Pihak Berkuasa Agama. 

Bersama kita panjatkan doa, moga Allah memandu kita semua untuk terus berjuang buat kepentingan rakyat.
Amin Ya Rabbal 'Alamin....

0 Response to "Korek kubur di Pengerang,antara sial dengan tinggal tulang."

Post a Comment