Terkini

Peguam Bukan Islam boleh jadi peguam syariah-Mahkamah Rayuan.

PUTRAJAYA: Peguam bukan Islam kini boleh mengamalkan Undang-Undang Syariah di Wilayah Persekutuan, ekoran keputusan penting yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada Jumaat.
Dalam penghakiman terhadap Victoria Jayaseelan Martin dalam cubaannya untuk menjadi seorang peguam syariah, mahkamah memutuskan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bertindak melebihi kuasanya dalam menolak permohonan pemohon atas alasan dia bukan orang Islam.
Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin, yang mengetuai panel tiga hakim membuat penghakiman tersebut berkata, undang-undang menetapkan pelantikan peguam Syarie tidak mewajibkan pemohon mesti seorang yang beragama Islam.
"Jika niatnya adalah untuk melarang orang bukan Islam daripada menjadi peguam di Mahkamah Syariah, ia seharusnya dinyatakan dengan jelas dalam perundangan," katanya ketika membaca keputusan penghakiman.sumber

1 Response to "Peguam Bukan Islam boleh jadi peguam syariah-Mahkamah Rayuan. "

  1. ekonomi umat islam (barangan halal & perbankan islam) dah boleh dikongsi dgn bukan islam, sekarang penghakiman, lepas ni apa pulak?

    ReplyDelete