Terkini

Mana Maahad Tahfiz setiap daerah di PERAK,Zambry Kadir?


Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak mengharapkan Kerajaan Negeri Perak menyegerakan pembangunan semua Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah di Negeri Perak sepertimana yang dijanjikan pada tiga tahun yang lepas oleh Datuk Seri Diraja Dr Haji Zambry Abd Kadir, dalam usaha menjadikan Perak negeri berilmu dan akan melahirkan modal insan yang berjaya. 

Kami tuntas melahirkan kegembiraan di atas usaha murni ini dan sewajarnya disokong semua pihak terutamanya Badan-badan Bukan Kerajaan.

Kami mengharapkan projek penting ini tidak terhenti dan ‘dilambatkan' di dalam memastikan Perak menjadi sebagai salah sebuah negeri yang mewujudkan Kolej Tahfiz Al-Quran dalam Negara kita.

Kami berharap pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran di setiap Daerah yang dirancang perlu dinyatakan tahap kemajuan pembangunannya dan kedudukannya yang terkini. 

Ia sebagai salah satu program penting kepada Kerajaan Negeri Perak yang menjadi perhatian rakyat terutamanya yang Beragama Islam di Perak.

Kami juga menyarankan agar tahap kemajuan projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran ini nanti akan dijadikan rujukan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di masa akan datang. 

Ia bagi membolehkan semua ADUN mendapat maklumat yang tepat dan boleh juga mengajukan persoalan-persoalan penting terhadap apa yang sedang berlaku kepada semua projek pembangunan Kolej Tahfiz Al-Quran yang ada sekarang. 

Hatta, Kerajaan Negeri Perak perlu mewujudkan satu Jawatankuasa Khas di bawah DUN sebagai penyelia kepada program penting ini yang akan melibatkan semua ADUN-ADUN.sumber salman salleh

0 Response to "Mana Maahad Tahfiz setiap daerah di PERAK,Zambry Kadir?"

Post a Comment