Terkini

Pilihanraya lambat lagi harga gas naik RM1.00 pun takpa!!!


Penjual gas beritahu harga gas sudah naik seringgit mulai hari ini(5 Ogos) .Pada  1 Ogos KPDNKK menafikan kenaikan harga gas petroleum cecair(LPG).Mana satu betul? Orang kampung pun beritahu benda yang sama,harga gas naik seringgit ,walaupun dibawa sendiri .

Tapi orang kampung beritahu lagi, pilihanraya lambat lagi,kerajaan BN nak takut apa? 

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlakunya kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi seperti didakwa oleh beberapa laman blog dan laman sosial.

Pengarah Bahagian Perdagangan Dalam Negeri KPDNKK, Dr. Noor Zari Hamat berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga untuk gas memasak kerana ia merupakan barangan kawalan.

"Perkara sebenar yang berlaku ialah apabila kadar bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan penghantaran tong gas LPG dari kedai ke rumah pengguna.

"Walau bagaimanapun, kadar bayaran ini adalah hak individu dan pengguna boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan tersebut atau tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kelmarin, beberapa laman blog dikesan menyebarkan surat notis daripada Potensi Cerah Sdn. Bhd. iaitu stokis gas Petronas Perak tentang harga baharu jualan gas Petronas.

Kandungan surat itu jelas menyatakan bahawa harga gas memasak adalah harga kawalan kerajaan dan hanya upah penghantaran sahaja dikenakan.

Sementara itu, Pengurus Jualan Stokis Gas Petronas Perak, Khor Kien Hua berkata, dakwaan beberapa buah blog yang mengatakan kenaikan harga gas bermula hari ini adalah tidak benar.
"Gas memasak yang dijual pada harga RM1.90 bagi setiap kilogram adalah kekal sama seperti harga gas memasak di negeri lain.

"Hanya kos upah penghantaran sahaja dinaikkan oleh pihak kami dan negeri Perak adalah negeri terakhir yang menguatkuasakan kos upah ini," katanya.

Kien Hua berkata, kenaikan harga itu adalah disebabkan pelaksanaan gaji minimum RM900 untuk setiap pekerja swasta seperti diumumkan pihak kerajaan.




0 Response to "Pilihanraya lambat lagi harga gas naik RM1.00 pun takpa!!!"

Post a Comment