Terkini

Cabul pelajar,guru dibebaskan oleh Mahkamah Majistret



PETALING JAYA: Seorang guru sekolah rendah sekali lagi dibebaskan daripada tuduhan mencabul pelajar apabila Mahkamah Majistret di sini membebaskan beliau atas alasan keraguan yang munasabah.
Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid memerintahkan Mohd Radzi Misran, 57, berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan itu.
Mohd Radzi didakwa mencabul seorang pelajar berusia lapan tahun di sebuah sekolah di Subang Jaya pada 29 Mac 2011.
Mahkamah mendapati bukti saksi pendakwaan tidak menyokong keterangan mangsa kerana ia adalah berdasarkan semata-mata atas apa yang mangsa katakan kepada saksi lain.
"Bagaimanapun, bukti mangsa masih bercanggah dengan kenyataan saksi lain, terutamanya bagaimana dia dicabul," kata Ahmad Solihin.(sumber)

0 Response to "Cabul pelajar,guru dibebaskan oleh Mahkamah Majistret"

Post a Comment