Terkini

Mungkinkah ada ulama yang kempen supaya Asmuni Awi kalah di Dun Manjoi.????

Tuan Haji Asmuni Awi,Ahli jawatankuasa PAS Malaysia.Kini diberi mandat Pengerusi Jawatankuasa Pemilih PAS Pusat sesi 2013-2015.Beliau baru-baru ini bertanding di DUN Manjoi,tetapi tewas dengan majoriti kecil.Penulis(bersekolah dan besar di Ipoh) yang mempunyai sanak saudara dan kawan-kawan di Ipoh diberi maklumat bahawa Haji Asmuni Awi  tidak mendapat undi daripada beberapa lokaliti di DUN Manjoi yang majoriti orang Melayu.Sumber itu mendakwa terdapat kempen untuk menolak Haji Asmuni  Awi oleh kumpulan pro-ulama..Mereka ,(sumber) mendakwa mana mungkin Daerah Mengundi atau lokaliti yang PAS kuat boleh mendapat undi  yang sedikit.

Sumber memberi tahu bagaimana Kg Tengku Husein,dalam Dun Manjoi tidak membantu PAS pada kali ini.JPN atau PAS Perak mungkin boleh buat kajian atau soal selidik,kenapa pengundi Melayu khususnya orang Melayu boleh menolak Haji Asmuni Awi.

Dengan keadaan kempen pemilihan PAS yang melibatkan segelintir ulama yang cuba memburukkan pimpinan seperti Khalid Samad, Dr Mujahid ,Dr Zulkifli,YB Husam Musa dan Hj Asmuni Awi.Kempen paling teruk menuduh Haji Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah. .   Maka tidak mustahil dengan dakwaan yang menyatakan terdapat segelintir ulamak cuba menolak Haji Asmuni daripada menjadi wakil rakyat DUN Manjoi.

2 Responses to "Mungkinkah ada ulama yang kempen supaya Asmuni Awi kalah di Dun Manjoi.????"

  1. Dah sampai masa dah ! PAS dah nak hancur...

    ReplyDelete
  2. yg kempen kata asmuni x payah btanding masa pru13 dulu sbb memanjang kalah mmg ada, tp rasanya bkn puak ulamak

    ReplyDelete