Kolsultan luar itu makhluk asing:
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak kerajaan Umno-BN yang menggunakan konsultan luar yang dianggapnya sebagai "makluk asing" untuk menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan kos RM20juta.
Katanya, tindakan itu tidak memperlihatkan usaha kerajaan secara bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu pendidikan secara umum termasuk pendidikan Islam dalam negara.
"...(Ia) memberikan gambaran bahawa kerajaan Umno-BN tidak yakin dengan anak nusa dan bangsa yang ada dalam negara sendiri tanpa peduli pendidikan hendaklah mengikut acuan setempat yang berbeza di antara satu sama lain.
"Menggunakan 'makhluk asing' untuk mengatur pendidikan kita adalah menempah kegagalan lagi, di mana anak-anak kita hanya sekadar menjadi ujian mereka sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar Muktamar PAS ke-59 bertajuk "Rahmat Untuk Semua" di Stadium Malawati pagi ini.
Abdul Hadi berkata lanskap pendidikan tinggi juga perlu mengalami perubahan sturuktur yang ketara dan ia perlu ditangani secara berkesan kepada perubahan persekitaran, institusi pengajian tinggi diberikan lebih autonomi dalam berbagai sudut tertentu.
Katanya, ia bertujuan untuk meningkatkan kesarjanaan tulen dan bukan pengampu politik yang berselindung di sebalik jubah akademik.
"Autonomi ini perlu seimbang dengan tanggungjawab sosial melahirkan manusia berilmu dalam masyarakat dengan rangka kerja kebertanggungjawaban yang jelas dan jaminan bahawa dana awam digunkan denga bijak dan betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat negara.
"Oleh yang demikian satu sistem kawalan kewangan yang proden diperlukan untuk memantau dan mengawal perbelanjaan dalam autonomi institusi pengajia tinggi," katanya.
Dalam ucapannya juga, Abdul Hadi menggesa rakyat Malaysia supaya menentang Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dirunding secara rahsia dan tidak wajar sama sekali rakyat menyokongnya.
Menurutnya, perjanjian yang didakwa akan memberi mudarat dan impak besar kepada ekonomi negara dan kesejahteraan masa depan rakyat yang isi kandungan perbincangan perjanjiannya disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.
"PAS mengajak rakyat Malaysia supaya jangan membiarkan kerajaan menggadaikan generasi anak cucu dan kedaulatan negara keapda kuasa imperalis bentuk baru yang mahu terus menjajah negara-negara lain.
"Sepatutnya kita berjuang di peringkat antarabangsa kepada hubungan perdagangan yang adil terhadap semua pihak," katanya.
0 Response to "PBS di sekolah kerana makhluk asing."
Post a Comment