Terkini

Bermula 3 April,Taiping bandar terlembab akan dicatu air.


Taiping bandar terlembab (bandar hujan) kini akan dicatu air.Dianggarkan 27,982 pemilik akaun terlibat.Catuan akan bermula pada 3 April ini selama dua minggu.Bekalan kepada pengguna dijangka terhenti pada 9 pagi berterusan sehingga 53 jam sehingga dibuka semula pada 2 petang dua hari berikutnya.Pihak berkuasa(Majlis Perbandaran Taiping) kena memikirkan pembukaan kawasan baru untuk pembangunan.Daerah Taiping,kawasan tadahan sudah mengecil.

TAIPING - Lembaga Air Perak (LAP) akan melaksanakan pelan catuan bekalan air di sebahagian daerah Taiping dan Kamunting selama dua minggu bermula 3 April ini susulan penyusutan sumber air yang berlaku sejak Januari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Insfrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata pelan itu melibatkan dua zon dengan keseluruhan 27,982 akaun.

"Bekalan akan diberi secara bergilir-gilir kepada zon terlibat selama dua hari dan dua hari berikutnya tiada air. Bagi zon dijadual tiada bekalan air, bekalan kepada pengguna dijangka terhenti pada 9 pagi berterusan sehingga 53 jam sehingga dibuka semula pada 2 petang dua hari berikutnya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Taiping Headwork, di sini hari ini.

"Masa sebenar pengguna mendapat bekalan dijangka akan berbeza beberapa jam berbanding seperti yang dijadualkan kerana pengguna perlu faham bahawa adanya perbezaan jarak antara kolam air," katanya.

Beliau juga mengingatkan pengguna sepanjang catuan itu LAP tidak akan menyediakan lori tangki atau tangki statik di kawasan terjejas.

"Pelan catuan bekalan air itu juga sebenarnya tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa oleh pihak SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara). Ini kerana jika berlakunya hujan untuk tempoh sebelum tarikh catuan bekalan air dijadualkan, kita mungkin boleh mengelak daripada terus melakukan tindakan berkenaan," katanya. - Bernama

0 Response to "Bermula 3 April,Taiping bandar terlembab akan dicatu air."

Post a Comment