Terkini

Hilang dan mati,siasat dan dakwa kecuaian-Mazlan Aliman

Siasat dan dakwa kecuaian!

Samada pihak Kolej Vokasional Kuala Kangsar di Padang Rengas, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan penganjur mesti disiasat atas tragedi yang mengakibatkan kematian dua pelajar Kolej Vokasional berkenaan, Amir Ashraf dan Adam Asraf Azman, 17 tahun.

Allahyarham bersama 23 pelajar dan 6 guru pengiring terlibat dalam aktiviti mendaki dan berkhemah di Gunung Bubu, Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar kelmarin. Mereka bersama dua yang lain, Muhammad Putera Rafii dan Siti Azimah, 17 tahun, terpisah dengan rakan-rakan lain ketika menuruni kaki gunung berkenaan.

Adakah benar dakwaan mengatakan bahwa pihak Kolej tidak mendapat kelulusan PPD untuk aktiviti tersebut dan sejauh mana peranan dan pertanggungjawaban PPD dan JPN Perak?

Apa cerita sebenar, adakah 4 pelajar yang tercicir itu, dua meninggal dunia sebab mati lemas atau kerana hujan lebat yang mengakibatkan sampah sarap termasuk kayu dll, yang menghempap mereka?
Ini berdasarkan kecederaan pada fizikal mereka.

Adakah benar penganjur bersama program dari Biro Tatanegara?
Jika ia, apa tujuannya?

Mazlan Aliman,AJK PAS Malaysia bagi pihak PAS ingin mengucapkan takziah khususnya kepada keluarga Allahyarham, moga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dikalangan orang yang beriman.ALFATIHAH.

Musibah ini sesuatu yang amat menyedihkan. Sejarah panjang penganjuran aktiviti lasak dan berisiko telah banyak mengorbankan nyawa dan membawa petaka. Aspek keselamatan peserta seharusnya dititikberatkan. Memang ia aktiviti yang menyeronokkan, namun prosedur dan etikanya mesti dipatuhi.

Bila berlaku perkara yang tidak diingini, kadangkala pihak yang terbabit, berlepas tangan. Soal nyawa yang kadangkala dianggap remeh. Maka, soal taqdir dijadikan alasan. PAS mempertegaskan, jika siasatan mendapati, ada bukti cuai, pihak yang berkaitan mesti bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas!

Apapun tahniah kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam, Pihak Polis dan tentu sekali syabas kepada hampir 40 orang sukarelawan AMAL yang bertungkus lumus terlibat dalam operasi menyelamat. Meskipun Unit Amal tidak dibenar memakai uniform rasmi, kononnya sebab politik; komitmen mereka dari mula hingga selesai amat dihargai dan disanjung tinggi!!!(sumber fb Mazlan Aliman)

0 Response to "Hilang dan mati,siasat dan dakwa kecuaian-Mazlan Aliman"

Post a Comment