Terkini

Jika ini berlaku di China,Menteri Dalam Negeri sudah dipecat.

Peristiwa ini jika berlaku di China,Jepun,Thailand,India dan Indonesia ,Menteri Pengangkutan akan letak jawatan.Menteri Dalam Negeri letak jawatan.Menteri Pertahanan letak jawatan.Hal ini melibatkan soal hidup 227 penumpang .

Kerajaan China pun tidak berpuashati.Inikan pula keluarga mangsa.Dalam pada itu anggota keluarga kepada warganegara China dalam pesawat MH370 dilapor membaling empat petugas Malaysia Airlines (MAS) dengan botol air di Beijing.

Hal ini berlaku apabila pekerja syarikat penerbangan itu tidak dapat memberi maklumat terkini berhubung pesawat hilang itu, seperti apa yang dilapor New York Times.

“Semua orang Malaysia penipu!” jerit seorang lelaki dalam bahasa Cina sambil menambah, “Kamu tahu apa maksud penipu?”

“Berita dia dalam bahasa Inggeris,” jerit lelaki China itu kepada seorang pekerja lain yang bertindak sebagai penterjemah.



0 Response to "Jika ini berlaku di China,Menteri Dalam Negeri sudah dipecat."

Post a Comment