Terkini

Tanda solidariti untuk Nizar ,RM 4,500 dikutip bagi jamin Nizar.

DS Nizar telah didakwa diibawah akta hasutan,kerana konon didakwa memfitnah DS Najib,kelmarin 25 Ogos, di Mahkamah Sesyen,Ipoh.

Ds Nizar,tidak mengaku bersalah .Jadi mahkamah menetapkan 26 September untuk sebutan dan perbicaraan.

DS Nizar,dilepaskan dengan jaminan Rm4,000.Apa yang menarik ,mereka yang hadir  memberi sokongsn moral telah mengadakan kutipan derma untuk menjamin DS Nizar.

Hasilnya atas solidariti dan sokongan ke atas DS Nizar, tidak sampai 20 minit RM4500 berjaya  dikutip untuk menjamin DS Nizar,dari orang ramai yang hadir.

Harus diingat DS Nizar,mampu untuk membayar wang jaminan itu.Ds Nizar tidak bolehmenolak kehendak rakyat,untuk menjamin beliau.

DS Nizar ,dikatakan dibela 12 orang peguam,dari tiga parti PR Perak,diketuai Haji Asmuni Awi.Di samping peguam Pas ,Mohd Zamri,Aminudin,Mohd Fitri dan peguam dari Dap dan Pkr.

Turut hadir memberi sokongan kepada Ds Nizar,pimpinan utama PR seperti,Yb Nga Kor Meng,Yb Ustaz Abu Bakar dan lain-lain.

0 Response to "Tanda solidariti untuk Nizar ,RM 4,500 dikutip bagi jamin Nizar."

Post a Comment