Terkini

Majlis Syura Ulamak ,berilah penjelasan kepada orang awam.

Majlis Syura Ulamak PAS pusat telah mengaku telah menentukan tiga calon MB Selangor untuk dihantar ke DYMM Sultan Selangor melalui surat yang ditandatangani oleh Tg Haji Hadi.

DENGAN harapan tindakan ini betul dan tidak bercanggah dengan mesyuarat Pas Pusat pada 17 Ogos lalu.

Bagi orang awam,perlu diberi penjelasan,agar tidak menimbulkan salah faham.Orang awam ini termasuklah ahli Pas,penyokong Pas,ahli Pkr dan penyokong ,ahli Dap dan penyokong Dap.

Masyarakat perlu diberi penerangan,kerana menjadi Menteri Besar Selangor,menjadi menteri besar untuk semua.

Orang awam bukan ahli Pas,mereka tidak ikut program parti PAS.Penjelasan perlu,kerana Pas masih bertahaluf siasi.

4 Responses to "Majlis Syura Ulamak ,berilah penjelasan kepada orang awam."

  1. Minta pada PasMa le...kan ke PasMa banyak dedah rahsia PAS.

    ReplyDelete
  2. Majlis syura mesti jelaskan hal berikut:

    Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group.

    Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

    Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin?

    ReplyDelete
  3. Majlis Syura Ulamak perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8..

    Dan bila notis dikeluarkan soalnya?

    Baca apa yang ditulisnya ini...

    Asas
    Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10). (Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

    Isykal:
    1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana didalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

    2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

    3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

    Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AGAKNYA RAMAI SANGAT BERUK PENGKHIANAT DALAM PAS, MAKA TUAN PRESIDEN TERPAKSA MEMBUAT KEPUTUSAN SENDIRI...

      Delete