Catatan Ziarah Kg. Manjor, Kuala Krai
Menyaksikan kehebatan banjir - tanda kebesaran Ilahi.
Paras air melepasi bumbung sehingga kerusi set dan peti sejuk 'bersila' di atas bumbung rumah yg masih berbaki.
Menyaksikan kehebatan banjir - tanda kebesaran Ilahi.
Paras air melepasi bumbung sehingga kerusi set dan peti sejuk 'bersila' di atas bumbung rumah yg masih berbaki.
Sekian banyak rumah yang hanyut - meninggalkan penduduk terkapai tanpa perlindungan.
Bila saya tiba, permintaan pertama mereka adalah kanvas - untuk perlindungan pertama yang paling praktikal dan cepat.
Makanan di banyak tempat yang saya singgahi sudah berlebihan.
Kanvas dan khemah lebih utama.
Sehari dua ini keadaan menyebelahi mereka kerana tiada hujan.
Anda di luar sana pohon bekalkan khemah dan kanvas.
Kami juga sempat meninjau antara bukit yg dijadikan pusat pemindahan semasa puncak banjir di sini.
Sebaik menapak di kaki bukit, nyamuk-nyamuk menyambut kami.
Bayangkan selama dua hari dua malam mereka menemani penduduk di sini.
Di kelilingi semak samun, sebahagian berlindung di .bawah khemah sementara berlantaikan tikar.
Husam Musa
3/1/2015
4.20pm
0 Response to "Husam Musa minta bawa khemah dan kanvas ,untuk perlindungan cepat dan praktikal."
Post a Comment