Terkini

Bagus Salahuddin Ayub, buat kenyataan akhbar, tak perlu maki orang!


Kenyataan Media.

Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat.
www.harapanbaru.net

1. Gerakan Harapan Baru (HB) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha mendepani isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

2. Situasi politik, ekonomi dan sosial negara sekarang ini sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan kehidupan seharian mereka.

3. HB telah dan akan terus menemui NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh serta institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat.

4. Berdasarkan senario terkini politik tanah air, HB tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lebih awal.

5. Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini.

6. HB sentiasa bersedia memberikan apa saja sumbangan yang terbaik untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi 
Harapan Baru (HB)
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H


5 Responses to "Bagus Salahuddin Ayub, buat kenyataan akhbar, tak perlu maki orang!"

  1. Inilah sebenarnya hasrat HB, utk mendepani isu-isu kepentingan Rakyat dan Negara. Bukan seperti difitnah oleh sesetengah org yg mereka ini tubuh HB sebab kalah muktamar PAS. Drp segi baca kitab dan kuilah agama mungkin ustaz PAS lebih arif, TETAPI dalam mendepani isu-isu pentadbiran dan pemerintahan negara, pemimpin HB lebih berkeupayaan drp pemimpin ustaz PAS. Itu adalah hakikat yg tak boleh dinafikan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluar pas untuk menghancurkan gerakan islam....subhanallah

      Delete
    2. Salah tu. Pas bukan monopoli gerakan islam. Tak bermakna diluar Pas bukan perjuangan Islam dan tidak boleh mertabatkan Islam. Bersedia untuk persaingan. Persaingan itu bagus kalau tidak sentiasa selesa dan nak tidur sahaja.

      Delete
  3. Jangan halang atau melambat2kan mereka dari keluar parti.. pleaaaaazzzeee..

    ReplyDelete