Terkini

Baiah parti cukup bayar kaffarah sumpah.

MEMAHAMI ISU TUBUH JEMAAH ISLAM BARU, DAN KELUAR DARI JEMAAH ISLAM SEDIA ADA

Oleh: Ustaz Fauwaz Dato' Fadzil Noor

Perbincangan hangat berkenaan penubuhan jamaah baru dan bagaimana dengan baiah mereka dengan jamaah yang sedia ada?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fiqh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.

Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah. Segala taklid taklid yang berccanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.

Cuma permasalahnnya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?

Maka perkara ini merujuk kepada fiqh masalih adakah ia banyak membawa kepada maslahah walaupun secara dasarnya mengurangkan jamaah itu lebih baik kerana dapat dikumpulkan tenaga yang banyak dan jamaah yang banyak itu memecahkan tenaga?

Tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkan berbilang parti Islam. Kesemua pendapat yang telah diutarakan dalam bentuk pengharaman jamaah baru adalah ijtihad bukannya Syariat.

Maka perkara ini diserahkan kepada ahli politik untuk menuntukan hala tuju mereka walaupun secara peribadi saya lebih suka tidak ada jamaah baru, tetapi secara fiqhnya tidak ada yang menghalang penubuhan parti baru.

Selamat beramal ,kuatkan perpaduan umat Islam


2 Responses to "Baiah parti cukup bayar kaffarah sumpah."

  1. kat indonesia ada beratus parti islam.... kertas undi setebal buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal tu parti islam indonesia tak menang

      Delete