Terkini

Enam menteri dari Perak, Zahid Hamidi pantau.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memantau prestasi enam menteri penuh yang berasal dari Perak dan komitmen mereka untuk membangunkan negeri ini semasa mereka memegang jawatan berkenaan.

Beliau berkata adalah tidak munasabah jika mereka yang dilantik menganggotai pentadbiran di peringkat nasional gagal membawa pembangunan ke negeri ini untuk menjadikan Perak antara negeri termaju di Malaysia.

"Jangan pernah ambil kesempatan untuk diri sendiri tetapi ambillah mana yang sempat untuk membawa pembangunan ke Perak," katanya ketika berucap di majlis bersama timbalan perdana menteri di kediaman rasmi menteri besar Perak di Ipoh malam tadi.

Meskipun baru dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid berkata beliau akan tetap memantau sejauh mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mampu berbuat demikian.


0 Response to "Enam menteri dari Perak, Zahid Hamidi pantau."

Post a Comment