Terkini

GHB bukan wujud kerana kecewa.

Gerakan Harapan Baru bukanlah gerakan yang wujud kerana kekecewaan akibat tersingkir daripada posisi kepartian.Kekecewaan yang tersirat ialah terbantutnya gagasan,pendekatan dan idealisme perjuangan.

Fenomena ini berlaku kerana wujud khilaf dalam pendekatan politik yang berhubung kait dengan matlamat maqasid dan fiqh keutamaan.Jurang perbezaan ini tidak mencernakan manfaat dalam mengurus dan meraikan perbezaan pandangan.Perbezaan ini menjurus kepada pendekatan politik berpatah arang dalam mengurus perbezaan dan tercalarnya prinsip musyawarah,berlapang dada sehingga merobek nilai akhlak .

GHB diwujudkan untuk merealisasikan pendekatan politik yang inklusif,berhemah dan berdasarkan realiti kehidupan.

 GHB mengambil pendekatan berasaskan fiqh keutamaan dan fiqh wake`.Latar masyarakat,bidaya,sosio ekonomi dan anutan perlu didepani dengan cara bijaksana dan muafakat rakyat yang tidak terkeluar daripada landasan syariat dengan merujuk kepada para ulama dan kitab fiqh dan siasah.

GHB bergerak dengan melihat realiti kehidupan rakyat dan masalah negara .persoalan kemisikinan yang menghimpit rakyat, ekonomi yang tidak menentu, korupsi ,kebejatan moral,krisis kepimpinan, masalah remaja dan belia,umat Islam yang semakin jauh dengan pegangan agama,pergeseran politik yang sarat dengan finah dan rasis,bakal mengundang bencana kepada negara dan kesejahteraan rakyat.

GHB perlu keluar daripada retorik keislaman kepada penyelesaian yang bersifat objektif.Kedangkalan memahami tasawwur maqasid untuk diterjemahkan dalam rencah kehidupan sebenar menjadikan perjuangan itu beku dan berkisar dalam kepompong kelompok ketaksuban yang tidak berasaskan disiplin ilmu.Oleh itu GHB berlapang dada untuk berganding bahu dengan mana mana individu,oranisasi,parti politik yang selaras dengan matlamat perjuangan.

Ayuh sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Daripada koordinator GHB Parlimen Bukit Gantang.

1 Response to "GHB bukan wujud kerana kecewa."

  1. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

    ReplyDelete