Terkini

Letak jawatan Ustaz Ahmad Awang jawab TG Haji Hadi.

Kenyataan Media.

HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA

www.harapanbaru.net

Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Selagi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat. 

Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.

Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.

Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.

Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak.

Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara. 

Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
Gerakan Harapan Baru

23 Ogos 2015/ 8 Zulkaedah 1436H

30 Responses to "Letak jawatan Ustaz Ahmad Awang jawab TG Haji Hadi."

  1. semua mereka masih memperjuangkan apa yang dipersetujui pakatan rakyat, pas yang membelot sebenarnya, tak perlu letak jawatan, rakyat bersama anda

    ReplyDelete
  2. amik nko hadi awang..........nko yg mungkir kpd rakyat......

    ReplyDelete
  3. Diharap Ustaz Ahmad Awang tak perlu layan kepda pendapat yang terpesong,biarakn mereka dengan golongan mereka,biarakn mereka semakin tak tenteram jiwanya.biarakn ,biarakn.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ! Ustaz/ulamaklah yang selayaknya menegur ulamak/ustaz. Kita orang biasa saja walaupun kita betul, kita memang bara, selamatlah kita bila ustaz/ulamak yg tegur setarafnya.

    ReplyDelete
  5. Pelbagai alasan dicipta utk mengiyakan tindakan perosak ghb ini..jika ada maruah letak jwtn segera, anda bkn ahli pas lg..takut elaun hilang? Dap sure boleh inject dana utk anda..lks tersenyum komen ambe ni..sapot ulamak..tolak liberal.

    ReplyDelete
  6. Apa itu bai'ah dlm..mereka ini telsh berbai'ah semasa ingin menjadi calun... ini syarat dlm parti Islam.. apabila mrk ni..paling tadah flm peperangan dlm pas..mereka wajib berundur...bai'a dgn nama AlLah... uz ahmad x kan x tau kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PRU 13, semua calon dari PAS, DAP dan PKR bertanding diatas platform dan menifesto utama PR. Takde parti dalam PR bertanding secara bersendirian menggunakan menifesto parti masing2.. Kemenangan yg diraih oleh calon2 dari PAS, PKR dan DAP adalah kemenangan PR.

      Wujud tanggapan di kalangan ahli PAS yang mengatakan kemenangan Adun dan MP PAS adalah atas nama PAS kerana PR tidak berdaftar macam BN dan masing calon PR bertanding menggunakan logo masing2. Disini wujud kekeliruan.

      Semua calon PR bertanding dalam PRU 13 menggunakan logo parti masing2 adalah disebabkan kekangan perundangan dimana UMNO telah menggunakan ROS untuk melengah2 pendaftaran PR supaya PR dapat bertanding dlm PRU 13 sebagai satu gabungan seperti BN dan menggunakan satu logo sahaja.

      Ini punca mengapa calon2 PR dari PAS, DAP dan PKR terpaksa menggunakan logo parti masing2 walaupun mereka berkempen diatas platform dan menifesto PR di seluruh negara.

      Pendaftaran PR dengan ROS bukan satu2nya cara untuk membuktikan PR wujud dan semua aktiviti politik PAS, PKR dan DAP selepas tertubuhnya PR bergerak sebagai satu gabungan politik pembangkang. Setiap aktiviti politik PR disertai oleh pemimpin2 dari ketiga-tiga parti. Ini semua orang tahu dan nampak. Ini bukti pertama PR itu satu gabungan politik DAP, PKR dan PAS selepas PRU 2008.

      Bukti kedua ialah wujudnya dasar tahaluf siyasi PAS yang dilulus oleh MSU dan Muktamar PAS. Dasar tahaluf siyasi ini adalah dasar khusus yang dibuat untuk membolehkan PAS menyertai DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang yang dipanggil PR.

      Jadi setelah dasar tahaluf siyasi berjalan dan melabirkan PR dan PR bergerak sebagai satu gabungan menghadapi PRU 13, maka timbul pula isu baiah oleh calon-calon PAS didalam PRU 13.

      Satu pandangan yang lebih munasabah ialah baiah itu adalah mekanisme dalaman PAS yang dibuat oleh pimpinan untuk mengelak berlaku dimana ada Adun dan MP PAS yang menang diatas platform PR melompat ke parti di luar PR. Baiah ini dibuat bagi mengelak perbuatan melompat parti dilakukan oleh Adun atau MP PR dari PAS mengulangi apa yang dilakukan oleh 2 Adun PKR di Perak yang menyebabkan kerajaan PR Perak yang dibentuk selepas PRU 2008 jatuh. Ini satu senario. PAS juga mengambilkira untuk mengelak senario yang berlaku kepada Kerajaan PR Kelantan di bawah pimpinan TGNA pada satu masa hanya memerintah dgn kelebihan 1 kerusi sahaja. Satu lagi ialah untuk mengelak berlaku dimana Adun atau MP PR dari melompat dari PAS kemana-mana parti lain didalam PR. Biasanya isu ini berlaku bila Adun atau MP berkenaan menghadapi masaalah dengan pucuk pimpinan. Baiah ini juga mencegah lompatan intra parti PR yang mana jika berlaku boleh menimbulkan krisis sesama rakan PR dan boleh meruntuhkan PR dan kerajaan PR samada peringkat federal atau negeri.

      Pada saya, PAS mewujudkan baiah itu lebih kepada untuk mengelak senario yang berlaku kepada kerajaan TGNA.

      Now, apakah baiah itu hanya baiah kepada PAS sahaja? Pada saya ia adalah baiah kepada PAS dan juga kepada PR sendiri kerana dalam PRU 13 semua calon dari PAS, PKR dan DAP bertanding diatas laltform dan menifesto PR sahaja.

      Sekarang, PR sudah berkubur. Secara otomatiknya baiah itu gugur kerana PR sudah xwujud lagi. Baiah tsrsebut adalah untuk memastikan kepentingan PR dan kepentingan PAS melalui PR itu terpelihara. Bila PR sudah runtuh, kepentingan PR dan kepentingan melalui PAS sudah tiada juga.Jadi baiah itu terungkai dan gugur secara otomatik.

      walaupun PR sudah berkubur, mandat Adun dan MP dari PAS, DAP dan PKR dengan pengundi mereka masih terikat dengan menifesto PR. Mereka masih perlu melaksanakan tugas mereka berdasarkan menifesto PR yang telah berkubur kerana diatas menifesto itulah mereka dipilih menjadi Adun dan MP tak kira dari PAS atau DAP atau PKR.


      Delete
    2. "Now, apakah baiah itu hanya baiah kepada PAS sahaja? Pada saya ia adalah baiah kepada PAS dan juga kepada PR sendiri kerana dalam PRU 13 semua calon dari PAS, PKR dan DAP bertanding diatas laltform dan menifesto PR sahaja."

      Apa kena mengena bai'ah dgn PR atau PR2?.. Dlm PR ada calon kafir dan x de kaitan dgn bai'ah.. jgn nk cuba putar belit.. bai'ah dah berlaku maka terpulanglah kalau nak ikut atau tidak.. kami cuma mengingatkan aje.. dah lepas tanggungjawab kami..

      Tak perlu risau pun sbnrnya.. Ustaz AA pun dah bg komen ikut aje lah.. selagi SELARI dgn kehendak DAP langgar je..

      Delete
    3. Dah dihalau keluar sudah la.. nak kutuk gak lagi.. aku tgk skrg ni.. knp pimpina pas yg hebat agamanya.. kalut semacam... kutuk2 abih2 GHb... sayang benor dgn umno nya... ni lah, dulu sama2.berjuang... ye ke... ke org tu pandai bg ceramah je.. tp keje satu benda habok pun xjalan... pandai ckp jer, keja xde..

      Delete
    4. Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

      Delete
  7. Apa itu bai'ah dlm..mereka ini telsh berbai'ah semasa ingin menjadi calun... ini syarat dlm parti Islam.. apabila mrk ni..paling tadah flm peperangan dlm pas..mereka wajib berundur...bai'a dgn nama AlLah... uz ahmad x kan x tau kot...

    ReplyDelete
  8. bagaimana pula kedudukan MP & Adun PAS sekiranya mereka bukan sebahagian PR2 selepas parti Amanah dibentuk dan menjadi sebahagian PR2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena bai'ah dgn PR atau PR2?.. Dlm PR ada calon kafir dan x de kaitan dgn bai'ah.. jgn nk cuba putar belit.. bai'ah dah berlaku maka terpulanglah kalau nak ikut atau tidak.. kami cuma mengingatkan aje.. dah lepas tanggungjawab kami..

      Tak perlu risau pun sbnrnya.. Ustaz AA pun dah bg komen ikut aje lah.. selagi selari dgn kehendak DAP langgar je..

      Delete
  9. Pelaksanaan baiah boleh ditangguhkan sehingga parlimen dibubarkan disebabkan baiah tiada tempoh had.
    Baiah ini dibenci Allah disebabkan cerai itu dibenci Allah.
    Fahami Islam. Seperti hukum rejam terhadap wanita yg berzina ditangguhkan sehingga wanita itu selesai menyusu anaknya selama 2 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam yg kitaorg faham x boleh langgar bai'ah.. islam yg tuan faham mungkin boleh langgar bai'ah.. pada saya asalkan ianya SELARI dgn pendapat pemimpin DAP, langgar je lah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Maaf kesilapan penulisan. Kenyataan sebelum terpaksa dibuang. Ini pembetulannya:

      Islam melarang kita melanggar baiah tetapi Islam meminta pelaksanaan baiah dilaksanakan secara bijaksana supaya tidak menimbulkan kerosakan.

      Baiah dan hukum adalah perkara berbeza.
      Baiah - jika dilanggar boleh mengakibatkan kerosakan.
      Hukum - memulihkan masyarakat.


      Kisah Nabi Ayub yg berbaiah akan merotan Isteri yg termakan hasutan Iblis sebanyak 100 Kali. Baiah ini akan mengakibatkan kerosakan atau maut kepada Isteri baginda.
      Tetapi dengan kebijaksaan daripada Allah Yg Maha Bijaksana.
      Sebatan ini dilaksanakan dengan 100 batang lidi yg dikumpulkan sekali dan dipukul sekali keatas isterinya.
      Adakah Nabi Ayub melanggar baiahnya.?

      Delete
    4. Baiah bila dilafaz akan memantul ke langit kemudian memantul semula kepada pelafaz. Pelanggarannya akan membinasakan pelafaznya dan org sekelilingnya.
      Tangani baiah secara Bijaksana agar tidak merosakkan diri dan org sekelilingnya.
      Kerosakkan masyarakat hari ini disebabkan pelaksaan baiah yg tidak ditangani secara bijaksana.

      Delete
    5. Hukum - tetap hukum. Jika dihukum 100 kali sebatan. Mesti dilaksanakan 100 kali sebatan tiada pengecualian dan tiada pengantian dgn kaedah lain bagi memulihkan masyarakat dan keharmonian negara.

      Delete
  10. Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..

    Bagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro... pas bertanding atas kerjasam pakatan le.. undi semua kaum ... bukan org islam je.. harapkan pas .... terengganu la ni pun kempunan dah.... apa kata, uruskan negeri sendiri dulu...

      Delete
  11. Mempertahankan fitnah adalah termasuk dosa besar. Pemimpin dari golongan ulama yg sukar fitnah tak layak diberi taat setia.
    Menuduh tanpa bukti itu fitnah.
    Kepada Wan Rosli :
    Pemimpin Islam mna yg menghalalkan babi dan arak?
    Jika pemimpin bukan Islam, tiada kehairanan. Kecuali tuan melibat dunia ini dengan warna hitam putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah tuan telah dibutakan hati sehingga x nampak bagaimana pemimpin GHB telah mempertahankn pemimpinn DAP lebih dari pemimpin islam parti sendiri?

      Jadi yg peliknya pemimpin yg halalkan babi dan arak lebih diutamakan dari pemimpin yg haramkan babi dan arak.. kat mana yg sy silap quoted tuan?

      Delete
  12. Pemimpin DAP LGE dan LKS lah tuan.. tuan sekolah kat mana dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pemimpin bkn Islam.. Mna pemimpin islamnya?

      Delete
  13. Pas untuk org pantai timor je kot.... cakap berdekah2.. malang nya negeri terengganu yg majoriti nya org islam pu x mampu nak ditarbiahkan... x mampu ke nak berdakwah di negeri sendiri... istiqomah terhadap perjuangan... sedih lah... negeri semdiri x dqpat nak ditawan... inikan pula putrajaya... fikir2 kan lah... takkan org ganu jahil belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap segala tuduhan terhadap TGHH ditarikbalik kerana sehingga kini saya masih lagi blm jumpa apa2 bukti konkrit ..

      Kalau isu terengganu kalah dulu.. LKS dan karpal singh juga kalah.. malah parti keadilan nasional hanya tinggal satu kerusi permatang pauh ketika PRU thn 2004 itu.. sedangkan TGHH masih lg menang di kerusi dun dan parlimen !!!

      Kalau isu kedah kalah pulak.. kita semua harus paham di mana ketika itu ada seseorg yg teringin nak jd mb lalu menimbulkn kekecohan dalaman parti.. ditambahkn lagi dgn tuduhan syiah ke atas seorg pemimpin utama parti tp beliau hanya diam seribu bahasa tanpa mempertahankn diri sbg pemimpin parti kecuali di saat2 akhir yg sebenarnya sudah pun terlambat..!

      Kalau setakat isu pil kuda pula mahkamah sudah pun bersihkan TGHH.. kalau korang jwb dan percaya hakim kata TGHH ada buat unsur2 fitnah dlm isu ni (hakim bn korang percaya ke!! ) maka korang kena percaya jgk kata2 hakim mahkamah tinggi yg membebaskan dsai dlm kes liwat dua dulu bahawa mmg berlaku perlakuan liwat antara dsai dan saipul tp kekurangan bukti (aku x percaya.. spt yg korang kena percaya)

      Kalau isu pertindihan calon pula.. sbg presiden beliau berhak membuat keputusan setelah mendapati ada calon2 yg x sesuai demi mengelak dari berulangnya kes lompat parti di perak sehingga tergadainya kerajaan negeri.. sbg seorg ahli politik yg bijaksana spt TGHH pasti pengalaman sebegini telah mengajar beliau utk dijadikan sempadan..

      Kalau malas dtg mesyuarat PR itu perkara biasa bila ada keuzuran.. dewa LGE korang pun aku difahamkan lebih kerap x dtg mesyuarat berbanding TGHH..

      Kalau dikatakn berakhlak buruk dan mengadu domba itu hanyalah tuduhan kosong yg sudah pun terbang di angin lalu..

      Pada aku tuduhan UG selama ini hanyalah tuduhan fitnah.. kalau ada pun perjumpaan dgn umno bukan utk berUG tp utk kita lihat sejauh mana islam boleh dimartabatkn jika dpt kerjasama umno (memandangkn kita sudah pun tahu parti PR yg lain terang2 menolak hudud yg ingin dilaksanakn oleh PAS)..
      Apa jadi pula dgn LKS melalui DAP yg terang2 nak bersatu dgn BN utk sama2 menentang hudud.. ada korang bantah.. tak de kan..!
      Bagaimana pula dgn tawaran TPM kpd dsai serta ura2 azmin ali jumpa mahathir mewakili dsai nk jatuhkn najib kononnya.. ada korang bantah... tak de kan..!
      Perbuatan DAP dan PKR ini sebenarnya adalah lebih bahaya buat kesatuan PR..!! lupakah korang parti2 mana yg telah lompat jd BEBAS yg telah menjadi punca kejatuhan kerajaan PR perak dulu!!.. sedangkan UG yg dimomokkan oleh mereka hanyalah rekaan dUMbNO utk melemahkan PAS dan sayangnya korang yg rasa diri korang bijak begitu mudah percaya mainan umno ini...
      Utk pengetahuan korang juga hassan ali dan nasharuddin mat isa sudah pun menjadi sejarah dlm PAS bilamana mereka kini sudah dipinggirkn.. puak PASMA jg bakal menerima nasib yg sama jika masih percaya dgn mainan UMNO tersebut yg mengakibatkn mereka kini beralih wala' kpd LKS dan LGE..

      Maka dgn itu mari lah sama2 kita BUKAK MATA terhadap tindakan berani TGHH yg benar2 ingin menaikkan serta memartabatkn islam di negara tercinta ini.. kalau hudud akhirnya terlaksana maka tercapailah cita2 suci rakyat kelantan serta PAS sendiri.. jika sebaliknya org melayu yg baik dlm UMNO pastinya dah dpt melihat keikhlasan PAS dn mereka pasti menyokong PAS lantaran pemimpin2 UMNO sekarang dah terlanjur jauh.. x susah nak fikirkan kan??...
      Hudud no 1 PR no 2.. x kan hudud ini nak disamakn dgn agenda DAP dan PKR.. kalau sama lebih baik kita buat satu parti je x yah ada DAP dan PKR lg.. betul kan?

      Wassalam..

      Delete
    2. Nabi Muhammad S.A.W bermula dgn dakwah. Kemudian pembentukan negara dan seterusnya hukum.

      Islam bermula daripada
      1. Dakwah
      2. Pendidikan - pengajian Al- Quraan
      3. Barisan pemimpin - baiah, imam
      4. Pembinaan institusi agama dan pusat pemerintahan - Masjid
      5. Pertahanan - perjanjian damai dgn puak yahudi dan kabilah kejiranan.
      6. Baitul mal - ekonomi, pendapatan negara
      7. Sistem kehakiman.
      8. Peluasan dakwah.

      Delete
    3. Saudara Wan Rosli.... Bila.kita dpt suatu berita itu, siasat lah dahulu... tidak adil tuan cerita pasal DSAI dan azmin jumpa mahathir utk.jatuhkan najib(sumber dr mana dpt? Adakah saudara jg setakat dgr cerita org? ) Bukan kah ini fitnah ke?
      Hudud kita sbg org Islam yg beriman kpd Allah ...mestilah sokong... itu x perlu dipertikaikan..
      Yg jd isunya ialah bagaimana kita nak perkara ini terlaksana... kena bijak..
      Saya tanya pada saudara, bila dijanjikan oleh umno utk dibawa ke parlimen isu hudud?
      Ni dah nak masuk bulan sept... patutnya sidang parlimen yg lepas, kita tgk sidang parlimen akan dtg...
      Kalau x dibenarkan juga usul hudud ni?, sy harap saudara WAN ROSLI boleh buka minda, luaskan fikiiran... jgn sempiitkan hati.. islam for malay... melayu tu islam...

      Delete
  14. Nabi tidak bersekutu dgn golongan Islam munafik ( dpn penyokong Islam, belakang penentang Islam).
    Jika tuan Rosli mengingin umno yg didepan sokongan hudud, tuan adalah silap. Mereka termasuk golongan tidak bersekutu.
    Pernahkah Hadi panggil LGE dan pemimpin Dap lain untuk bincang hudud bersama-sama.?
    Nabi pernah bincang dgn pihak bersekutu dlm pembentukan piagam Madinah.

    ReplyDelete