Terkini

Baiah , hanya ujian kecil, banyak ujian besar akan kita hadapi.-Mat Sabu.

KENYATAAN MEDIA

ISU BAI'AH: AHLI DIMINTA BERSABAR, RUJUK ULAMAK MUKTABAR

Saya selaku Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) meminta semua ahli, khususnya mereka yang berasal daripada PAS dan kini menyertai parti Amanah, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu bai'ah ini.

Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulamak atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan sahaja. Rujuklah kepada pandangan ulamak muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri.

Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulamak yang boleh diterima pakai.

Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
3 September 2015

3 Responses to "Baiah , hanya ujian kecil, banyak ujian besar akan kita hadapi.-Mat Sabu."

  1. Hudud benda kexik
    Langgar baiah pun benda kexik
    Yg besar kgn sanggah dap

    ReplyDelete
  2. talaq 3 sekaligus tak ada pd zaman Rasulullah saw dan juga abu bakar. juga pada 2 tahun pertama umar sbg khalifah.

    talaq 3 sekaligus ini adalah bidaah dipelopori oleh umar. knp umat suka tinggal sunnah Rasul-Nya?

    sahih muslim: book of divorce

    3491: Ibn 'Abbas (Allaah be pleased with them) reported that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allaah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and that of Abu Bakr and two years of the caliphate of Umar (Allaah be pleased with him) (was treated) as one. But Umar b. Khattab (Allaah be pleased with him) said: Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them, and he imposed it upon them.

    3492: Abu Sahba' said toIbn 'Abbas (Allaah be pleased with them): Do you know that three (divorces) were treated as one during the lifetime of Allaah's Prophet (sallAllaahu alayhi wa sallam), and that of Abu Bakr, and during three (years) of the caliphate of Umar (Allaah be pleased with him)? Ibn Abbas (Allaah be pleased with them) said: Yes.

    3493: Abu al-Sahba' said to Ibn 'Abbas: Enlighten us with your information whether the three divorces (pronounced at one and the same time) were not treated as one during the lifetime of Allaah's Messenger (sallAllaahu alayhi wa sallam) and Abu Bakr. He said: It was in fact so, but when during the caliphate of 'Umar (Allaah be pleased with him) people began to pronounce divorce frequently, he allowed them to do so (to treat pronouncements of three divorces in a single breath as one).

    Al-Quran pun dah jelas kalau dah ada hukum dr Allah dan Rasul-Nya, umat tak boleh buat hukum sendiri. yg buat hukum sendiri itu adalah org yg sesat!

    surah al-Ahzab:33 : "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."

    surah an-Nisa: 59: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya."

    ReplyDelete