Terkini

Nik Amar timbul isu talak , nak tutup isu saman RM230 juta ke atas GLC ?

KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama

3 Responses to "Nik Amar timbul isu talak , nak tutup isu saman RM230 juta ke atas GLC ?"

  1. munafiknya kerajaan pas...serupa umno gakkkk...hadoiii...ajer mampossss...

    ReplyDelete
  2. Perasan ke tidak, sewaktu hidupnya Arwah Tok Guru Nik Aziz, kerja2 jahat memecah-belahkan PAS ni tidak berjaya tapi setelah Arwah tiada, agen2 UMNO kembali aktif dan berjaya dalam usaha mereka. Bukankah ini bermakna bahawa Hj Hadi telah gagal sebagai Presiden dan ulamak. Bukankah keadaan PAS sekarang ni menjadi dalil bahawa barisan pimpinan PAS yang baharu ini serta Hj Hadi telah bersama2 atau terpengaruh dengan agen2 UMNO dalam merosakkan PAS.

    Ahli2 PAS yang beramai2 berhijrah ke Amanah sedar akan hal ini dan kebanyakan ahli yang masih setia kepada Hj Hadi hanyalah mereka2 yang tidak faham ataupun malas untuk berhabis tenaga berfikir dan mengambil pendirian. Berkemungkinan sejarah akan melihat Hj Hadi sebagai Presiden yang telah merosakkan PAS sebagaimana Najib bakal dilihat sebagai Presiden UMNO yang menyebabkan UMNO runtuh. Apa2 pun jika ianya berlaku,kehilangan kedua2 manusia ini dari politik melayu merupakan satu rahmat. Politik melayu harus berubah kepada politik keadilan sejagat dan kesyumulan Islam dan tidak lagi berlegar kepada politik perkauman sempit dan politik agama dan kafir mengkafir yang merupakan makanan ruji UMNO dan PAS Hj Hadi.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  3. saman dari syarikat DHI itu jika menjadi kenyataan menunjukkan betapa kumpulan ustaz yang mengaku ulama tak layak mentadbir negeri apatah lagi negara...kerugian kesan dari saman itu adalah satu pengkhianatan PAS kepada rakyat Kelantan yang miskin dan dahaga pembangunan.....muka tak malu geng2 nih...

    ReplyDelete