Terkini

Tawar kontrak kepada JUSTO,Nurul Izzah arah peguam saman BH & NST

SHAH ALAM, 8 SEP: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengarahkan peguamnya memulakan prosiding perundangan terhadap NST dan Berita Harian berkenaan dakwaan beliau menawarkan kontrak kepada bekas pegawai teknologi maklumat Petrosaudi International, Xavier Andre Justo.

Nurul Izzah berkata beliau tidak pernah bertemu dengan lelaki warga Switzerland itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara di Thailand.

Justeru, Nurul Izzah menyifatkan laporan akhbar itu yang mengatakan beliau menawarkan kontrak itu adalah pembohongan besar.

“NST dan Berita Harian menyiarkan pembohongan ini di muka hadapan dengan cara yang disensasikan, dan tanpa mempedulikan sama ada mempunyai kebenaran.

“Saya mengarahkan peguam untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap NST dan Berita Harian,” katanya yang juga Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai.

Beliau selanjutnya berkata, tindakan akhbar itu merupakan usaha terdesak memesongkan perhatian umum daripada isu utama iaitu skandal 1MDB.

Kata Nurul Izzah lagi, isu utama sebenarnya bukan mengenai dokumen yang dikatakan dicuri oleh Justo, bekas pegawai teknologi maklumat PetroSaudi


1 Response to "Tawar kontrak kepada JUSTO,Nurul Izzah arah peguam saman BH & NST "

  1. saman ..jangan tak saman..beriha hairan adalah adik kembar utusan....kah kah kah ..

    ReplyDelete