Terkini

AMANAH perlu citra perjuangan yang berbeza daripada PAS.


KUALA LUMPUR: Nasib Parti Amanah Negara( Amanah) bergantung kepada strategi yang bakal diperkenalkan untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ini kerana pengundi Melayu yang menyokong pembangkang masih keliru sama ada mahu memilih PAS atau Amanah?

Dapatan kajian yang dijalankan ILHAM Centre baru-baru ini menunjukkan Amanah dan PAS belum mendapat sokongan padu pengundi Melayu pro pembangkang.

"Bila kami jumpa responden, mereka anggap masih awal untuk buat keputusan.

"Seperti yang digambarkan, Amanah ialah parti serpihan PAS. Jika parti ini meneruskan cara dan gerak kerja PAS dalam jenama lain, mereka takkan dapat menawan hati pengundi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar ketika ditemui Astro AWANI hari ini.

Katanya, Amanah perlukan citra perjuangan yang berbeza daripada PAS.

"Jika Amanah ubah strategi dengan mewujudkan citra perjuangan yang lebih terbuka, progresif dan menambat hati pengundi muda, mungkin mereka akan berjaya.

"Petanda kejayaan mereka mula dilihat apabila Amanah diterima di peringkat akar umbi di Johor, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan daripada kalangan mereka yang tidak pernah anggotai mana-mana parti politik, tetapi sertai Amanah.

"Segmen ini amat besar dan jika momentum ini berterusan, Amanah mempunyai prospek yang lebih besar berbanding PAS," katanya

Sumber Astro Awani.

0 Response to "AMANAH perlu citra perjuangan yang berbeza daripada PAS."

Post a Comment