Terkini

Sepatutnya wakil rakyat PAS letak jawatan, mereka yang khianat-Nizar

Changkat Jering-Adun Changkat Jering  DS Nizar tidak akan mengosongkan kerusi Adun Changkat Jering.

Nizar menegaskan beliau menang  atas nama Pakatan Rakyat, bukan semata-mata pengundi PAS sahaja.

"Saya tidak mengkhianati baiah yang dibuat bersama PAS, sebaliknya parti itu yang khianat Pakatan Rakyat,"kata Nizar.

"Sepatutnya yang letak jawatan bukan saya, tetapi wakil rakyat PAS kerana  mengkhianati pakatan yang dipersetujui bersama sebelum  ini"tegas Nizar

1 Response to "Sepatutnya wakil rakyat PAS letak jawatan, mereka yang khianat-Nizar"

  1. Tuan

    Betul kata Nizar, yang patut letak jawatan adalah wakil rakyat PAS kerana m3ngkhianati PR.

    Dalam PRU13, s3mua calon PAS, PKR dan DAP tidak bertanding atas tiket dan m3nifesto parti mading-masing. Mereka semua bertanding diatas nama PR, menifesto PR dan janji pilihanraya PR.Mereka yang menang itu menang atas asas ini.

    Isu calon PAS bertanding guna lambang PAS, PKR bertanding guna lambang PKR dan DAP bertanding guna lambang DAP, adalah isu lain yang melibatkan kekangan perundangan - bukan bukti PAS bertanding atas dasar PAS, PKR bertanding atas dasar PKR da DAP bertanding atas dasar DAP. Mereka semua bertanding atas platform PR, menifesto PR dan janji pilihanraya PR.

    Kekangan perundangan itu ialah keenganan ROS meluluskan permohonan untuk m3ndaftar PR sebagai satu gabungan politik seperti BN dimana kesemua calon PR dari PAS, PKR dan DAP akan menggunakan satu simbol dalam PRU 13. Kengganan ini adalah muslihat politik untuk memberi kelebihan kepada UMNO/BN dalam PRU 13 yang lalu. Apa tujuannya?

    Sekiranya p3ndaftaran PR diluluskan, ia akan mengubah perjalanan pilihanraya dimasa2 hadapan dimana secara rasminya akan wujud sistem 2 parti. Jadi PRU 13 dan selepasnya akan menjadi pertandingan antara 2 parti/gabungan politik iaitu PR dan BN.

    Bila wujudnya sistem 2 parti ini, dengan sendirinya isu perkauman yang dimainkan oleh UMNO dan BN mati beragam. Sedang senjata perkauman ini sudah menjadi senjata paling sakti yang dimileki ol3h UMNO dan BN dalam pilihanraya sejak merdeka.

    Ini adalah alasan yang paling konkrit untuk m3nolak dakwaan l3bai PAS sekarang bahawa kememangan wakil rakyat PAS dalam PRU 13 adalah kerana PAS.

    Seterusnya, kita sudah jelas bahawa kem3nangan calon2 dari PAS, PKR dan DAP dalam PRU 13 adalah diatas platform PR, menifesto PR dan janji pilihanraya PR.

    Sekarang PR sudah berkubur dan dikuburkan oleh keputusan muktamar PAS lepas apabila meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Jadi dalam hal ini siapa yang meruntuhkan PR?

    Apabila PR sudah runtuh, mandat wakil rakyat PR dari PAS, PKR dan DAP masih lagi berdasarkan menifesto PR dan janji pilihanraya PR. Mereka semua masih terikat dgn rakyat diatas 2 perkara ini.

    Jadi jika wakil rakyat PAS mahu meneruskan perjuangan dalam PAS yang telah meruntuhkan PR-adalah wajar mereka meletak jawatan kerana perjuangan PAS sekarang bukan lagi diatas spirit PR yang telah tiada sebagaimana wakil rakyat Amanah, PKR dan DAP.

    Kita sedih melihat bagaimana toklebai PAS dan penyokong mereka memutarbelitkan hakikat ini yang sekaligus m3mberi imej buruk kepada Islam hanya kerana politik t3mbolok pemimpin2 PAS.

    ReplyDelete